ha ha, mari merepek.
aku ada sedikit sahaja kawan. boleh bilang dengan jari tangan campur jari kaki.
jadi aku hargai kawan-kawan yg sedikit ini. setiap hari kisah hidup aku berkisar tentang kawan-kawan ini.
dalam hidup aku ada banyak jenis kawan-kawan.
dorg dipanggil kawan-kawan sebab dorg kawan dgn aku.
ada kawan yg betol-betol bermakna sebagai kawan, ade pulak kawan yg bermakna lebih dari kawan, dan ada jugak kawan yg jauh maknanya dari kawan yg sebenar.
dibawah adalah antara jenis-jenis kawan-kawan aku, aku bangga mereka jadi dan pernah jadi kawan aku.
1. kawan yg suka tipu utk tunjukkan diri dia best.
kawan ini sememgnya kaya, tp selalu menipu utk menampakkan dia best. tak lupe juga sesi penceritaan 'lihatlah dunia' olehnya. seperti contoh, kawan jenis ini ade tiga bijik suzuki swift berlainan warna iaitu pink, biru, dan hitam serta viva hijau. dalam sebulan bapak dia masukkan 10k dalam akaun dia. kawan ini juga akan melakukan aktiviti memutarbelitkan fakta utk mengelakkan diri dari tergugat. contohnya, "I dah quit UIA." walhal fakta sebenar adalah "aku kene dismiss lah."
2. kawan yg nak menang walaupun dah tau dia salah.
kawan yang ini memg sesuai dgn course yg dia belajar iaitu laws. debatnya memang takde orang boleh boleh lawan. padan dah tentu-tentunya salah. sebagai contoh, berebutkan seorang lelaki, apabila kawan ini dah tersilap langkah mengambil tempat sebagai girlfriend kpd exboyfriend kawan baiknya, cuba mencari salah kawan baiknya itu dan pura-pura seperti dia yg perlukan simpati. kawan ini juga akan ade kroni tersendiri yg terdiri dari kawan jenis batu api dan kawan jenis lalang yg akan diterangkan sebentar lagi. kawan jenis ini juga cepat melatah, tahap takutkan bayang-bayang sendirinya memg tinggi.
3. kawan yg terlebih selesa dgn keadaan sendiri
kawan jenis ini paling kelakar. terlalu selesa dgn diri sendiri buat kawan jenis ini kadang-kadang hanyut dibuai dgn keseronokan yg dia sendiri cipta. berulang kali statement 'aku hebat' ataupun 'bf/gf /abg/kakak/adik/jiran aku hebat' akan diulang. tak la hebat mane pun sebenarnya,tapi nak jugak. bukan apa, nak menyamakan taraf katanya. kuat membentak (melenting lah!) dan nak menang je. ini tidak adil!
4. kawan yg 'bila susah/bosan baru lah aku carik dorg'
kawan jenis ini pula akan hilang buat beberapa masa, kemudian timbul kembali dgn membawa seribu harapan. apabila hati senang ataupun 'ini bukan masa utk emo', maka kawan ini akan lupa dan bergembira tanpa mempedulikan kawan yg ditinggalkan ini. bila tiba masa yg memerlukan pertolongan ataupun sokongan, kawan jenis ini akan dtg menyendeng umpama ulat tahi mencari tempat berteduh.
5. kawan yg bersikap batu api dan suka menjadi lalang.
si batu api pula, gemar mengapi-apikan sebelah pihak yg beliau sokong, utk mendapat kredit agaknya. kawan jenis ini juga kuat menyamar seperti seorang yg suci murni tp bila tiba mengumpat, memg laju, siap dgn muka-muka sekali. sering menokok tambah dan muka akan kemerah-merahan apabila terpaksa mengaku salah sendiri bila terkantoi. si lalang pula, tugasnya ke kiri dan ke kanan, kononnya neutral. tp tak pernah adil, alasannya, "sebab die sayang aku and kau tak". kawan jenis batu api dan lalang ini memg selalu jadi kawan baik, tak tahu kenapa.
ye, ini antara kawan-kawan aku, ada je yg baik dari semua segi, tapi tak payah la nak mention dkt sini sebab yang baik tu memg dah sedia baik, yg jahat la nak buat kutuk pun.
maksud aku bukan kutuk, maksud aku ambil iktibar.
fewwit.
No comments:
Post a Comment