cleaning process.


kan dulu suatu ketika gua pernah cerita pasal perkelahian gua merebut jantan dengan best friend gua yang sudahnya best friend gua dapat ex boyfriend gua tu pastu gua macam bawak diri blah jauh-jauh tu kan, ingat tak?

gambar di atas menunjukkan gua dah tak lalu nak bergaduh sana-sini sesama perempuan macam bohsia kampung.

masa 2 tahun gua gunakan secukup-cukupnya untuk bina balik diri gua, perbetulkan arah tujuan hidup gua, nak menangis-nangis basahkan bantal hari-hari pun geli jugak.

sudahnya, gua ambil keputusan, macam geli ah nak bermusuh-musuh ni, nak drama-drama, aduh,

tak true langsung.

apa yang gua ada sekarang sudah cukup untuk mengatasi rasa benci yang sia-sia akibat benda-benda bodoh yang berlaku di masa lalu.

itu sudah memadai.

tak kesah pun.

sumpah aku jauh hati.
terasa-rasa sangat jauh hati ni.



TAK HADAP LA SIAL



finger, on ass.


huda, aku curik dekat facebook kau.


sedang berfacebook, tiba-tiba aku nampak gambar ini dekat filter.
ini kawan aku , fahmi dan buah hatinya huda.
sweet gila gambar ni rasa macam nak tampar je dua orang ni bila-bila jumpa diorang nanti.

baik, sudah sekian lama blog tidak di update, seperti biasa, kerana aku pura-pura sibuk, banyak kerja kononnya, tetapi tak ada pun yang berjalan.
juga, tidak ada cerita seronok yang berlaku di sekeliling hidup, bosan gila weh. syumpah.

tetapi hari ini aku mahu beritahu obsesi terkini,
oh, lelaki masih lagi obsesi pertama, tetapi ini obsesi-obsesi sampingan.

1. Opera Van Java

aku malas nak upload dekt sini, pergi tengok sendiri dekat youtube. sumpah kelakar gila, juga aku kagum dengan dinamik antara pemain wayangnya. ini semua salah Akub, dia yang suruh aku tengok. sudahnya aku bagi Puan Shikin tengok, siap menangis-nangis gelak.

2. Leopard Print

setiap kali aku nampak corak ini, walaupun hanya di muka tv, aku akan menjerit orgasm, apesal ntah. dan setiap kali aku pakai baju bercorak ini, aku rasa aku seorang leopard yang sedang jalan meliang-liuk mencari mangsa. purrrrrr.

3. Nagoya Textile

nafsu untuk membeli kain membuat baju memang membuak-buak la. sehingga kain spandex orang buat langsir pun aku bantai buat baju.

4. Gamelan Jawa

aku suka bila part suara penyanyi yang macam nenek kebayan masuk. naik sikit bulu roma, walaupun lagu yang dia nyanyi takde kena mengena dengan benda-benda takut.

buat masa ini, itu sahaja, iya, iya, tiada life. biasa lah tu, hidup kalau nak best aje pun tak best jugak.

naik cuti ada 5 midterm, Tanah Konon Suci memang plan nak buat aku telan cuka getah.

oh, semalam aku bermovie marathon, semua cerita ada sayap. Tooth Fairy, Dwayne Johnson (aah, rasa nak berzina.) jadi pari-pari gigi mesti lah ade wings kan. Legion, hero dia Michael, atau Malaikat Mikail pun ada wings jugak, tapi part awal dengan hujung jeh. tapi style lah costume Gabriel, dalam Bible ada tulis macamgitu eh costume diorang? Avatar, hero heroin takde wings, yang ada wings tu IKRAN, haiwan tunggangan diorang. truthful is, mata aku pening. tu je.

dah, nak pergi sambung jahit baju kurung, fuck sewing lah weh!

buah hati

sweet kan kitorg? mumu jangan jeles
aku demam, food poisoning, penat, hati sunyi, telinga bernanah(ni saja nak kasi real cerita), dan pelbagai lagi.
tolong tengok OPERA VAN JAVA.
boleh muntah sebab gelak.

salah aku ke kalau tersalah makan?

setelah ramai semenjak dua menjak ni demam lah, selsema lah, batuk lah, aku membongkak sebab sihat, takde sakit apa-apa.

siap menganjing kawan-kawan yang sakit lagi.

sekali semalam sakit nak datang. food poisoning.
ni style yang muntah belilah tak hingat alam.

sehinggakan,

AKU TIDUR DEKAT MANGKUK JAMBAN.

tu la dia, orang cakap jangan takbur.

alahai.

benci laa bila dah syok dekat kawan sendiri!

gegirl keliru. pfffttt.

kredit buat kak sapura ain
ini ijat ketika tonsil telah dibuang dari tekak beliau. kami pura-pura melawat tapi sebenarnya saja mau survey makanan hospital Pusrawi okay atau tidak. pendapat saya: kalau suruh puasa pun saya tak kisah. setakat biskut kering untuk pesakit yang baru dibuang isi tekaknya, terima kasih akak nurse kerana cuba bunuh kawan baik saya.

sekarang 6.20 pagi, saya baru balik dari dijodohkan oleh Kak Maria dengan adik angkat dia.

saya ulang, saya bukan memilih mahu yang kacak, atau berbadan tough, atau pandai main golf, atau juga pandai bergaya memakai jaket kulit di bawah sinaran matahari terik.

saya memilih untuk berpijak atas bumi dari menggapai langit.

fewwit. dramatik gila ayat saya.

"life is about making choices, and yes, I'll be a goddamn motherfucker."

2010 bermula dengan kesungguhan memonteng kelas.

Azam aku tahun baru ni?

  • Rampas boyfriend orang.
  • Perasan cantik setiap hari.
  • Bela binatang peliharaan, kawan-kawan tak termasuk dalam kategori itu, sorry guys.
  • Belajar perkataan tak senonoh dari semua bahasa yang wujud di dunia.
  • Membuat koleksi punggung lelaki terseksi. Ini termasuk lecturer aku, Mr X, dayyyyyym!

Tak senonoh? Peduli apa aku.

Mari aku listkan senarai manusia-manusia yang aku rindu, dengan harapan bila aku jumpa diorang, diorang sedar aku ini harus dibelanja.

Puan Shikin juga Cik Mat

Ni kalau tak rindu aku, memang saja je lah nak buat aku rasa macam aku anak pungut.

Baby Brother

sekarton habuan aku mana? pura-pura lupa eh?

Allahyarham Yna

ulangtahun kamu makin dekat, aku sudah ada hadiahnya.

Riz

aku rindu, tidak pernah tipu.

Abang Hairi & Kak Faiz

Masih lagi rindu.

___________________

Isi nama kalian jika mahu, ataupun terus text aku cakap “Syafa, tolong rindu aku.” Pasti akan dilayan.

Aku sedang horny, aku jamin, ada orang tengah bomohkan aku ni. (dengan nada perasan)


faces


saya bukan malas update blog.
saya busy.

busy menelaah buku. tipu.
busy training theatre. betul.
busy pergi kelas. tipu.
busy usha punggung lecturer, classmates, dan juga rakan-rakan. betul.

yang penting, saya busy menghabiskan masa bersama dua orang buah hati di atas ini.
ini semester terakhir saya bersama mereka.
tiga tahun setengah dihabiskan dengan aktiviti menggelatat.
stim.
sila abaikan struktur punggung saya dalam gambar di atas. saya sedang tipu diri sendiri.