finger, on ass.
sedang berfacebook, tiba-tiba aku nampak gambar ini dekat filter.
ini kawan aku , fahmi dan buah hatinya huda.
sweet gila gambar ni rasa macam nak tampar je dua orang ni bila-bila jumpa diorang nanti.
baik, sudah sekian lama blog tidak di update, seperti biasa, kerana aku pura-pura sibuk, banyak kerja kononnya, tetapi tak ada pun yang berjalan.
juga, tidak ada cerita seronok yang berlaku di sekeliling hidup, bosan gila weh. syumpah.
tetapi hari ini aku mahu beritahu obsesi terkini,
oh, lelaki masih lagi obsesi pertama, tetapi ini obsesi-obsesi sampingan.
1. Opera Van Java
aku malas nak upload dekt sini, pergi tengok sendiri dekat youtube. sumpah kelakar gila, juga aku kagum dengan dinamik antara pemain wayangnya. ini semua salah Akub, dia yang suruh aku tengok. sudahnya aku bagi Puan Shikin tengok, siap menangis-nangis gelak.
2. Leopard Print
setiap kali aku nampak corak ini, walaupun hanya di muka tv, aku akan menjerit orgasm, apesal ntah. dan setiap kali aku pakai baju bercorak ini, aku rasa aku seorang leopard yang sedang jalan meliang-liuk mencari mangsa. purrrrrr.
3. Nagoya Textile
nafsu untuk membeli kain membuat baju memang membuak-buak la. sehingga kain spandex orang buat langsir pun aku bantai buat baju.
4. Gamelan Jawa
aku suka bila part suara penyanyi yang macam nenek kebayan masuk. naik sikit bulu roma, walaupun lagu yang dia nyanyi takde kena mengena dengan benda-benda takut.
buat masa ini, itu sahaja, iya, iya, tiada life. biasa lah tu, hidup kalau nak best aje pun tak best jugak.
naik cuti ada 5 midterm, Tanah Konon Suci memang plan nak buat aku telan cuka getah.
oh, semalam aku bermovie marathon, semua cerita ada sayap. Tooth Fairy, Dwayne Johnson (aah, rasa nak berzina.) jadi pari-pari gigi mesti lah ade wings kan. Legion, hero dia Michael, atau Malaikat Mikail pun ada wings jugak, tapi part awal dengan hujung jeh. tapi style lah costume Gabriel, dalam Bible ada tulis macamgitu eh costume diorang? Avatar, hero heroin takde wings, yang ada wings tu IKRAN, haiwan tunggangan diorang. truthful is, mata aku pening. tu je.
dah, nak pergi sambung jahit baju kurung, fuck sewing lah weh!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment