Rules and regulations:
1. Sekali mencarut bayar 10 sen. Apa? Murah sangat? Hish, kalau sehari boleh kumpul sampai lima ringgit, hujung tahun dah boleh beli Pulau Jerejak.
2. Semua jenis carutan secara lisan. Carutan yang biasa kita dengar, yang keluar dari mulut anak remaja zaman sekarang. Takkan nak suruh listkan? Haih la.
3. Kalau terkeluar separuh, maka denda pun separuh. Contohnya, "Baaaaaaaab.." Okay tu kena lima sen.
4. Mencarut secara non-verbal dibenarkan. Seperti contoh, dalam blog, atau status di FB. Apahal tak adil pulak? Benda kena kayuh pelan-pelan dol.
5. Bukan aku sorang yang kena bayar. Kawan kawan pun kena. Aku paksa, setuju atau tidak. Peduli hape aku. Kalau tanak ikut, boleh dah pergi main jauh-jauh.
6. Carutan di dalam perbualan yang muncul sebagai iklan dibenarkan. Tetapi frasa "Ni iklan je ehhh!" mesti ada di setiap permulaan ayat. Seperti contoh, "Tak ah, pastu bila dia bengang, dia cakap ah, jap, NI IKLAN JE EHHH! "Babi betul la budak tu."
7. Mencarut dalam keadaan melatah dimaafkan. AHAHAHA
Okay setakat ni tu je. Aku rasa aku boleh kaya. Mari sertai Kempen Mencarut Itu Jijik. Serious, lama-lama aku rasa mencarut tu macam jijik pulak. Tapi masalahnya, stress weh sehari tak dapat mencarut.
No comments:
Post a Comment