Ramai pelawat-pelawat yang singgah ke blog aku datang dari carian google. Okay, tu tak kisah lah, aku mengalu-alukan kedatangan dengan kompang, bunga manggar dan sebagainya.
Tapi bila aku cek balik, antara cariannya adalah,
"Main dengan ustaz."
Kepala hotak kau apa menda cari dekat google "Main dengan ustaz"? Haih, kenapa ustaz? Kenapa bukan tukang kebun? Atau P.K. HEM sekolah? Adakah kalau meng-google Main Dengan Ustaz mungkin dosa kau sedikit kurang? Disebabkan Ustaz? Tidak sama sekali, manusia. Tidak sama sekali.
"Sunat belum kering."
Untuk apa kita mencari tentang sunat belum kering di google? Budak-budak sekarang kalau sunat pun mesti dalam umur 10 tahun hingga ke 12 tahun kan? Kalau bekas sunat diorang belum kering, mesti diorang tanya dekat Mak, Ayah atau Doktor diorang kan? Kenapa diorang gigih pergi Google? Atau yang meng-google ni sudah dewasa tetapi sunat tak jugak kering-kering?
"Punggung lebar"
Adakah kau tidak reti bagaimana mengukur baju di punggung sendiri lalu meminta bantuan Google? Atau kau runsing memikirkan punggung yang lebar membawa penyakit dahsyat? Seingat aku, belum ada lagi kes sakit buah pinggang disebabkan oleh punggung yang lebar. Jamban baek, ada laaa.
Dan pelbagai lagi. Aku seram. Sebenarnya. Sini bukan tempat cari jodoh, mahupun mencari maklumat, ataupun mencari bahan lucah kalau kau nak buat bukan-bukan.
No comments:
Post a Comment