Huru-hara tak menahan.

See, people they don’t understand. No, girlfriends, they can’t understand, your Grandsons, they won’t understand. And me, I ain’t ever going to understand.



Hidup aku penuh dengan ketidaksenonohan.


Few days ago, mahu keluar. Turun dekat carpark, baru perasan kereta park dekat depan kedai kedai orang ramai. Baik, kawal pernafasan, jalan mendada sikit, lirikan mata kena jaga.


Okay, dah rasa cukup cantik, aku jalan pergi dekat kereta. Picit alarm, bunyi. Bukak pintu, tak boleh bukak.


“Ah, kenapa ini?” hati berdetik sayu mengingatkan kalau rosak kereta ni aku nak jadi apa?


Picit alarm sekali lagi, bunyi kereta locked.


Picit lagi, cuba bukak pintu sekali lagi, TAK BOLEH BOLEH JUGAK.


Kimak, kimak, kimak.


Tiba-tiba tergerak hati aku tengok dalam kereta, mana tau apa-apa ke kan.


Bila tengok isi dalam kereta, hati aku berdetik sekali lagi.


“Kenapa dalam kereta ni ada tersangkut tie? Merah hijau pulak tu.”


Aku renung punya renung, sekali salah kereta, kereta yang sebenar berada di selang sebuah dari kereta tempat kejadian. Punah harapan nak perasan cantik.



DIA PUNYA MALU, MACAM KONON KONON NAK BUAT-BUAT MACAM NAK CURI KERETA TU TERUS, UNTUK COVER LINE.


Yang aku hairan, kereta yang disalahertikan tu tak sama langsung dengan kereta yang ingin dinaiki.


Dari jauh aku sudah boleh lihat senyum sumbing orang sekeliling. Kenapa tidak ada langsung ruang untuk aku bersikap senonoh? Kenapa?




Oh, satu lagi, dah takde dengar orang panggil aku Abang, tapi ada pulak yang panggil aku Mak Cik. Jijik nya situasi ni.

No comments: