Anak-anak Ibu, hari ini hari apa?
Dalam satu hari, keadaan ini hanya boleh dilihat mungkin dalam dua tiga kali sahaja. Ini kerana hari kucing aku dipenuhi dengan aktiviti lasak seperti memanjat langsir, lumba lari saringan adik beradik, pertandingan siapa dapat cakar tikar tanpa kena jentik dia yang menang, game kunyah telinga dan rambut tuan , pertandingan siapa dapat melepaskan diri selepas pijak laptop Mama Yen dia menang dan pelbagai lagi.
Tidur nak atas comforter aje, melampau.
Rumah aku huru hara, sumpah huru hara, tetapi, datang ahli baru, Sheima bawak dari rumah.
Jeng jeng jeng, RUDY. Rudy dah besar, dulu kecil je, dan aku harap Jijan Buddin dan Apis Jamal dapat berbaik-baik dengan Mat Saleh yang bernama Rudy ini.
Dengan ini, aku ucapkan Selamat Hari Ibu kepada diri sendiri, kerana sudah mempunyai tiga orang anak tanpa perlu bersuami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
rudy jawa la..
name die rudianto pornoyoko abdul senit!~
Post a Comment