ni semua salah tingkat empat!

Semalaman aku tak boleh tidur, selang lima minit mesti tukar posisi, kuak lentang, gaya kupu-kupu malam, suster ngesot, bayi dalam kandungan, semua nya lah aku try, tak reda reda jugak sakit pinggang.

Sakit ouh, sakit gila.

Pagi tadi, tak tahan, text Mumu,

"Mu, tolong bawak aku pergi klinik, nak mati dah rasanya ni."

"Okay, aku tunggu Yen habis kelas kejap, japgi aku datang."

Oh, tak lama lepastu Kak Faiz text,

"Kalau Mumu bz, aku boleh datang tolong anta."

Ya Allah, gila sweet.

Okay lah, pergi klinik Mumu ambil. Sikit punya lama tunggu dekat klinik, aku dengan berbekalkan bantal MAS hadiah dari MCWD sempena pencurian beliau, dah macam kucing nak beranak. Pusing kiri, pusing kanan.

"Syafawati Khairunnisa, sila masuk bilik satu."

Dengan longlai aku menuju ke bilik rawatan, bantal di tangan, masuk masuk doktor gelak,

"Ni apa berbantal bagai ni?"

Bla bla bla dengan doktor, tiba tiba dia suruh aku tiarap.

Satu kali dia tekan,

"AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA, Doktor sakitttttttttttttttttttttttttttttttt!"

Tekan lagi,

"AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA"

Doktor gelak-gelak. Dan situasi ini berlangsung dalam dua minit.

"Okay saya kasi ubat bla bla bla, pergi la buat MRI mana tau ada fracture mana mana sebab awak kata pernah accident dulu kan?"

Ah sudah.

"Ooh, okay InsyaAllah."

"Nak ubat ke, nak injection?"

"UBAT!"

Bla bla bla lagi, aku keluar.

SAMBIL TUTUP MUKA DENGAN BANTAL.

Orang keliling memandang dengan keji.

Mumu dengan Yen dah senyum senyum. Untuk cover malu, aku cakap,

"Mu, mesti bila dengar aku jerit dekat dalam bilik tu, mesti kau rasa nak selamatkan aku sebab kau fikir doktor tu rogol aku kan?"

"Tak lah, aku siap kejut Yen sebab nak ajak gelak sekali."

Di dispensary, pinggang aku hampir patah bila mendengarkan harga ubat 62 ringgit. Haih, harga diri pun tak semahal tu.

3 comments:

Faiz Ismail said...

hahahahaha...macam setan.....

Mumu said...

im just curious,brape harga sbnr diri ko?

Rm 61.99?hahaha

Anonymous said...

Hi!!

Saya segan nak menulis, tapi atas dasar "desperate", saya terpaksa cuba.

Nice blog u have here. Kebetulan terjumpa blog awak masa mencari something kat internet. Bende yg saya cari tu ada dalam posting u yg bertajuk "ni semua salah tingkat empat". Saya sedang mencari sebijik bantal MAS sebenarye.

Saya mencari bantal MAS tu utk adik perempuan saya yg masih berumur 5 tahun. Tu je adik yg saya ada. Saya dah terhilangkan bantal MAS yg die pakai sejak umur 3 tahun. Tak sengaja. Saya dah buat macam2 termasuklah belikan die beberapa bantal cute (agaknye lah) tapi yg buat saya sedih bile saya perasan die tak pakai bantal2 yg saya belikan tu masa tidur macam biasa yg die guna bantal MAS tu. Lebih menyedihkan lagi, bile dah dekat SEMINGGU die merajuk tak bercakap dgn saya.Saya dah buat macam2 utk cari bantal MAS tu tapi macam tak berjaya. Saya nih pun jarang dpt peluang naik plane.

Saya harap awak sudi jual bantal MAS yg awak ada tu pada saya, utk saya berbaik dgn adik tu. Saya berharap sgt. Saya ada create satu email semata2 utk tujuan communicate dgn awak:

mas_airlines_pillow@yahoo.co.uk

Thanks alot!