kemerasukan yang dilalui sempena aktiviti pindah rumah sumpah lah seksa ya Allah tuhan je tahu.
Malam pertama,
Empat orang Burma diterbangkan khas dari UiTM Puncak Perdana untuk membasuh rumah saya, aktiviti ini seronok, sambil main slide atas lantai bersabun. Mujur tidak telentang, jika terlentang mungkin tulang saya sudah berderai. Basuh punya basuh, angkut comforters dan beberapa beg baju, lalu kami pun terbongkang beramai-ramai.
Sebagai seorang majikan yang berkebajikan dan ramah tamah, saya kemudian membelanja sekor-sekor nasik lemak Mali. Terima kasih buat Min, Rush, Wann and Oden. You guys look really cute without shirt! aha.
Malam kedua,
Empat lagi Burma dari UIA dbawa untuk mengangkut barang saya dan Sheima, mula-mula Hazeman dengan yakin jalan dulu, seperti biasa beliau akan sesat. Dah beliau sesat, kepala kami pun mula sesat. Tidak lama kemudian keadaan kembali seperti biasa. Dua trip angkat barang ke tingkat empat yang sebenarnya tingkat lima, well done, bitcheyy!
Sebagai seorang majikan yang berkebajikan dan ramah tamah, saya kemudian tidak membelanja mereka, malahan menyuruh mereka beli hadiah untuk rumah baru saya. Saya tidak rasa keadaan itu mengopress kebajikan pekerja langsung.
Itu lah dia. Keadaan rumah saya, tingkat empat ye, setan betul. Siang tadi lapar, pergi turun bawah beli food, okay semangat lari panjat tangga sebab nak makan dekat rumah, sampai depan pintu rumah, Sheima berkata,
"Pa, nasik dekat mana?"
Saya keliru, memandang tangan yang penuh dengan barang , dan membalas,
"Haaa? Dekat mana eh?"
sekali lagi Sheima,
"Dalam keretaaaaaaaaaa."
I cried for you on the kitchen floor, Nasik Ayam.
No comments:
Post a Comment