kawan i baru upload di facebook, setelah berkurun lamanya, dari kiri, Kadz, Ziera, Nadia juga I berwajah minta penampar. di majlis perkahwinan Anna, superbestfriend I. I tak sangka I akan menghadiri perkahwinan rakan baik di usia semuda ini.
maka bermulanya sesi mengangkang di rumah dan gerakan memburu babi di kebun belakang.
tapi i tak boleh balik sampai 24hb, sebab I ada program dekat Tanah Konon Suci.
tetapi tidak mengapa, I okay je.
I nak cerita tentang last paper I tadi.
sepatutnya markah 40 sahaja untuk final,
tetapi tiba-tiba tadi jumlah markah adalah 52, ke 54, I bodoh matematik, jangan paksa I kira.
untuk orang-orang yang bengap number macam I,
I tak perasan pun pasal markah tu sampai kawan I bagitau, masa dah habis exam.
jadi, sudahnya deduction markah berlaku.
kesannya, masa yang tidak cukup tadi, adalah sia-sia.
I buat dua essay, yang setiap satunya 16 markah,
tinggal 8 markah selepas di deduct.
U rasa I marah tak?
I tak marah, I frust je.
sebab masa tak cukup.
3 short essays, and 5 long essays in 2 hours.
jadi untuk essay yang markahnya fixed,
I tak sempat goreng.
oh tuhan, penutup semester paling kejam buat masa ini.
okay, kini tiba masanya untuk mabuk-mabuk dengan keluarga.
p/s: I ada banyak benda mahu gosip, nanti bila I ada mood, I sembang.
No comments:
Post a Comment