penemuan buah hati lama.

okay cerita hot.

suatu malam,
Mumu ambil aku dengan Ain dekat kolej.
aku bert-shirt selekeh sebab nak terus balik rumah Lye.

t-shirt biasa je, tapi Mumu cakap;

"selekeh gila kau Pa, asal selekeh sangat ni? nak pegi lepak kot!"

ceh, aku buat cool je;

"kan nak balik umah Lye, nak cecantik sangat buat apa? dah memang sedia cantik!"

begitu lah lebih kurang perbualan kami.

Yaakub juga Reska naik bersama Syam. sebab diorang nak pergi beli pizza lah apa bagai dulu.

dalam perjalanan, Mumu tanya;

"kalau tiba-tiba Suluh ikut, macamana? kau dah la selekeh ni."

aku dengan confident membalas;

"mananya nak ikut, dia kan exam, mesti la dia nak study berbagai."

beruk ni pulak balas;

"betul ni? konfem? betul tanak balik pergi salin baju pakai mekap?"

sekali lagi confident;

"betul lah, nak patah balik buat apa?"

kami pun meneruskan perjalanan. kami sampai dulu, tengah lepak dan aku melantak roti kosong sama susu, tiba-tiba Ain gelak. aku pandang, dia terus gelak;

"hahahahaha, Suluh datang, hahahahahahaha, Suluh datang."

aku toleh, sekali betul Suluh ada.

Lailahailallah.

Mumu, Ain gelakkan aku sehingga aku mahu bentuk leher mereka berbentuk selipar.

dah cerita dekat semua orang, Suluh cakap;

"Syafa, perempuan itu cantik kalau tak pakai makeup segala."

lahai, rasa mahu berjimak.



haaa, apasal?

1 comment:

Encik Puaka said...

kakak x pernah makeup.


x makeup = cantik

kakak = cantik?




*amik heels dan berlari2 anak*