i am no longer a holy mother.

gua tengah fikir kenapa abang Saosin punya suara sedap nak mampus.



separuh cuti semester dan cuti raya haji yang dihabiskan di Kuala Lumpur,
bermakna gua tiada masa langsung dengan internet,
kerana hari-hari dihabiskan dengan cousins;
bundle-hunting, sleepovers from one house to another, couple of doa selamats,
and the most important thing is, THE BACKBITING HOURS.

bukan gua nak bangga gua suka mengumpat dengan kezen-kezen gua.
tapi ini cerita mengapa gua rasa left out bila kami berada dikalangan orang-orang tertentu.
gua malas nak cerita dekat sini,
tapi gua fikir;

1. gua ni tak pandai macam lu.
2. gua bukan berduit macam lu.

jadi kalau nak buat dekat gua macam-macam pun, takpe, sebab gua memang takde apa-apa yang gua nak bangga.

macamgitu la lu fikir?
sebab lu satu masa dulu dah usaha lebih, lepastu lu boleh pulak riak,
lu banding-bandingkan kelebihan yang lu ada sekarang, atas usaha lu sendiri, dengan kelebihan yang orang lain ada, tanpa perlu usaha.

gua kasi contoh la;
A ambil lesen guna duit mak bapak.
B ambil lesen guna duit gaji kerja part time.

jadi B ada hak la nak bangga-bangga sebab dapat satu benda atas usaha sendiri.


TAK CANTIK SIAL MACAMGITU.

jadi itu la punca BACKBITING HOURS, gua bukan mengumpat pun, gua cari maklumat je dekat makcik-makcik yang rapat dengan gua, sebab gua nak tau, apa pasal sesetengah sanak saudara mara gua boleh berubah mendadak macamgini.
menang loteri ke?

gua sepuluh kali happy la habiskan masa gua dengan Lye, Min dengan Abang Aish.
kalau lu rasa gua ni tak matang lagi sebab perangai gua macam budak kecil, melompat-lompat, menggedik-gedik, terjerit-jerit, lu boleh jalan dengan hidup lu yang dah besar sangat tu,
gua tak heran.

sekarang gua dah balik Batu Pahat, gua ada seminggu lagi cuti.
tapi Isnin 30.11.2009 gua dah kena submit storyline untuk teater bulan Januari nanti,
gua diberi peluang (setelah gua mintak) untuk jadi one of sub-directors untuk IPAC dekat Tanah Konon Suci.
tapi gua tak start apa pun langsung ni, selamba.

oh, dan Rabu o2.12.2009 result keluar.
gua dah rasa bahang-bahang panas di telinga dan hati gua.
sumpah gua cuak.
semester depan adalah gua punya last semester,
kalau gua sangkut paper semester ni,
mati lah gua nak kena extend satu lagi semester.
siapa nak tanggung malu Cik Mat dengan Kak Ikin.

P/S: GUA RASA MALAS NAK BALIK RUMAH LAGI LEPAS NI, HAIWAN PELIHARAAN AYAH GUA SEMUA SOMBONG-SOMBONG, GUA PANGGIL KUCING GUA, BELIAU BUAT BODO, GUA BAGI IKAN MAKAN, PUN SOMBONG JUGAK TAKNAK MAKAN, BUAT DANG JE.

4 comments:

bokbon said...

hui..batu pahat buat apa?

Syfa Nisa M said...

batu pahat ni rumah la, pulang cuti semester.
apa khabar bro?

putihreddish said...

cik 'gua'..cik gua x rindu ke kt saya yg comel lagi menawan nih???

Syfa Nisa M said...

ahahahaha,
cik gua rindu teruk kot dekat cik maria!

nanti cik gua balik, cik gua terus straight pegi rumah cik maria, amacam gitew?