Hidup aku, senang sahaja jika mahu ikutkan, aku bukan perempuan yang remeh, tak banyak soal, ikutkan sahaja apa orang lain cakap, layankan sahaja apa yang tak kena.
Aku juga jenis yang tak kacau orang, tidak ambil peduli kalau classmate aku jadi finalis Pencarian Gadis Nona, tidak kisah kalau markah orang lagi tinggi dari aku dalam exam, tidak mahu ambil tahu kalau budak barisan sebelah dalam kelas menggedik tak tentu pasal sebab diorang rasa diorang best.
Sebab aku malas mahu sibuk-sibuk, sebab aku tak minat tentang topik-topik yang aku tak terlibat dalamnya.
Kalau kau nak bengang sebab benda-benda yang takda kena-mengena dengan kau, kau sebenarnya buang masa, kau sebenarnya tambah busuk hati sendiri.
Kalau kau banyak komplen pasal orang lain dan bukan pasal diri kau, kau sebenarnya cuba tutup kelemahan kau sendiri.
Kalau kau susah hati tengok orang lain senang or lebih, kau sebenarnya sedang buang nilai-nilai baik yang ada dalam diri kau sendiri.
Selepas ini, aku akan cuba kurang merungut tentang orang yang tidak masuk dalam persekitaran aku, kecuali tentang mekap mereka, itu pun kalau berlebihan.
KRU cakap, diam itu pintar.
No comments:
Post a Comment