1. kau jerit tak tentu pasal dekat muka aku lepas aku gurau-gurau dengan kau.kau mesti tak suka kalau aku mencarut sambil air liur menyembur dekat muka kau.
2. kau melucah dengan serius, lagi-lagi kau lelaki. geli okay, serta seram sebab aku masih virgin.
3. kau hina aku, directly or indirectly. sila cakap dengan cermin, mana tahu boleh rasa apa aku rasa.
4. kau tak hensem tapi kau suruh orang panggil kau Chuck Bass. umur kau sebenarnya dah berapa?
5. kau ingat aku suka kau beria-ria so kau terus tanak kawan dengan aku. tolong sedar antara gurau dan serius, sila simpan bodoh untuk exam sikit.
6. kau buat lawak yang kau rasa dah habis lawak tapi kau sorang je yang gelak. awkward kot keadaan selepas tu.
7. kau buat aku melatah benda-benda lucah, ini serius. aku belum mahu jadi benak atau nyanyuk dan aku malu dengan masyarakat sekeliling.
8. kau bangga kau lebih dalam semua hal. jangan fikir aku bebal sangat nak senyum lebar mengiyakan.
9. kau banyak merungut, dan merungut benda-benda bodoh yang aku tak mahu dengar. aku sudah pekak sebelah.
10. kau kacau aku tidur sebab kau dah puas tidur. itu time aku rasa tumbuk orang tu sedap.
2 comments:
ni mesti jiman eh??
hoi, apa cakap mcmtu.
ini general lah!
jahat mulut kau ni.
Post a Comment