Kejarangan aku memblogkan diri, adalah akibat kesibukan diri yang kadangkala serius, kadangkala dibuat-buat.
Keadaan tanah-konon-suci yang buta wireless membuat aku jarang ambil peduli dengan kepentingan blog ini, senang cerita semua cerita simpan dalam kepala, kerana tidak ada yang penting sangat untuk disimpan secara virtual.
Aha, cuma ada satu perkara baru terjadi dalam kehidupan seharian. Datangnya ahli baru dalam kelompok masyarakat aku. datang dari Indonesia, teman serumah Amal, namanya Mirja.
Mirja seorang yang manja juga gedik, gemar merepek.
Aku hendak beritahu yang bijaknya dia menyesuaikan diri dalam culture yang berlainan. Sebab antara kami, tiada seorang pun yang familiar dengan culture sana, kecuali Yaakub, si Brunei yang hidup di sekeliling Indo-Indo di tanah-konon-suci.
Tapi, kalau dah ngam tu, kira okay lah tu.
Sekarang aim aku adalah, mendapatkan lelaki-lelaki Indonesia yang kacak, through Mirja. ~Sansan, Sansan, Sansan.
No comments:
Post a Comment