Diari seorang anak. Pehh

Gua rasa bila dah meningkat dewasa, secara automatiknya cita-cita kita pun berubah.
Daripada nak jadi guru besar, doktor, ahli arkeologi, angkasawan dah sebagainya, berubah mengikut kelulusan yang ada. Selalunya memang begitulah.

Tapi sebenarnya, gua lupakan cita-cita gua sejak masuk sekolah menengah.
Sebab gua malas belajar.
"Belajar pun liat, cemana nak jadi ahli arkeologi?" bisik fikiran gua.
Jadi gua redha dengan apa yang gua akan jadi bila gua besar.
Bila gua semakin besar, masuk universiti, dari pada malas buka buku, gua gagahkan diri jugak belajar.

Sekarang umur gua dah hampir baru 26 tahun, dan gua masih lagi belajar.
Tiba-tiba gua ada cita-cita balik.

Mak bapak.

Sebab apa?
Sebab bakti itu wajib.
Sebab bayar hutang peluh dan susu bukan percuma.

Mak bapak mana yang tak akan cakap,
"Kalau kau bahagia, ibu ayah pun sama bahagia."?
Percayalah, mak bapak itu perlu dimanja.
Sebijik waktu kau sikit masa dulu merengek mahukan mainan, macam itulah samanya.

Memang mak bapak tak pernah minta, tak pernah berkira.
Tapi takkan lah kau nak senyum saja bila mak bapak mengeluh pening lenguh,
atau kusut bila duit tak cukup.
Takkan lah.
Bagi aku, itu bukan lagi setakat tanggungjawab, itu syarat.
Syarat untuk kau bernafas.

Buat masa sekarang, mak bapak gua orang paling atas.
Walaupun gua kuat melawan, gua degil, mak bapak gua masih lagi yang terutama.
Andai kata satu hari nanti, bila keadaan dan situasi berubah,
mak bapak gua masih lagi di kedudukan teratas.
Tolong lempang gua kalau gua tak sedar diri.

No comments: