Gua punya hangin dengan isu pernikahan ni.




Buat yang tak sabar nak tengok gua kahwin, gua persembahkan gambar gua syok sendiri dengan penuh keayuan di atas jinjang pelamin. Halemek.


Satu.

Tuan-tuan dan puan-puan, yang nak nikah tu abang gua, bukan gua! Sepuluh kali jumpa, sepuluh kali lah ulang "Yang ini lah yang nak nikah minggu depan tu ye?". Ingat gua takde kerja lain ke selain daripada ulang yang nak kahwin tu abang gua dengan tunang dia? Sekali tanya memang la gua sudi nak senyum lagi tapi kalau sepuluh kali ulang benda yang sama boleh kencing manis gua. Gua bengang la.

Dua.

Tuan-tuan dan puan-puan, bila semua orang sekeliling gua kahwin, abang gua kahwin, best friend gua kahwin, sepupu rapat gua kahwin/tunang, tak semestinya gua pun kena kahwin jugak dalam masa terdekat ni. Jangan jangka benda yang tak mungkin dari gua boleh tak? Tak payah la nak main teka-teka bila tarikh gua patut kahwin, Tuhan tahu kot kerja dia, tak payah susah-susah nak tolong atur. Gua bengang la.

Tiga. 

Tuan-tuan dan puan-puan, GUA MUDA LAGI LA WOI! 25 tahun tu masih lagi usia nak berseronok yang mana dah kahwin tu dah jodoh dia tak mungkin lah gua sebagai manusia biasa ni nak menghalang ye tak? Nak gua buat pengumuman ke yang gua tak ada rancangan nak nikah? Bayang teman lelaki pun tak mungkin dapat dilihat nak suruh gua kahwin dengan siapa? Kucing gua? Gua bengang la.

Empat.

Tuan-tuan dan puan-puan, terima kasih banyak-banyak tapi tak payah carikan jodoh untuk gua. memang betul jodoh tu kena cari tapi sebagai wanita yang berwawasan, gua rasa gua belum terdesak lagi mungkin bila umur gua dah mencecah 35 tahun dan dah cukup kaya dah boleh lah tolong carikan kalau ada yang mahu tapi buat masa ini gua masih dalam zon bertenang lagi, tolong bertenang sama tak boleh ke? Gua bengang la.



Kahwin itu penting, namun belum jatuh di tempat pertama lagi dalam senarai kepentingan. Bukan sombong dengan Tuhan tapi sedar mana letak duduk diri sendiri. Tak payah susah hati tolong fikirkan.


1 comment:

Anonymous said...

hahahahhaahaa,,,,HIDUP SYAFA!!!!!!