2. Gua seorang manusia yang lu paling susah nak nampak pakai barang kemas. Raya pun belum tentu gua beremas-emas ni. Gua rasa macam joyah kalau pakai gelang emas.
3. Sayur adalah musuh utama gua. Setiap kali makan, PS mesti cakap, "Macamana lah nak besar, tak makan sayur!" Sampai sekarang. Tapi sekarang tu gua rasa dia sindir je tu. Takkan la dia tak perasan gua sebesar apa?
4. Di umur 24 tahun, gua masih tidur bilik mak bapak gua. Tanpa rasa bersalah.
5. Gua sebenarnya sungguh pemalu di mana-mana pertemuan kali pertama dengan lelaki. Selepas beberapa kali bertemu, lelaki pulak yang naik malu dengan gua.
6. Posisi tidur gua dulu kini dan selamanya, adalah meniarap. Gua ingat lagi kawan lelaki gua pernah sound, "Sebab tido tiarap lah, boobs kita jadi macam saggy." Boobs kita, kata dia.
7. Gua selalu tertinggal berita. Selalunya berita hari ini, gua akan dapat tau dalam esok atau lusa.
8. Gua suka tengok perempuan daripada lelaki. Walaupun gua lebih suka lelaki daripada perempuan.
9. Gua memang ada alahan dengan remaja 13-17 tahun.
10. Sampai sekarang gua memang tak pernah baca buku Harry Potter satu pun walaupun gua suka nak gila semua cerita dia. Gua kan hipster.
1 comment:
aku suka bab no 2...
sbb kita serupa.. muahahaha
Post a Comment