Aku sejenis manusia yang sekali melangkah, takde mananya nak toleh belakang dah. Hati aku keras. Degil, Nauzubillah. Mak bapak aku pun mengaku kerasnya hati aku. Bila aku nak, aku nak jugak jugak.
Bila aku tak nak, aku tak suka, aku boleh buat bodoh dengan selamba, apa lagi nak ambil peduli.
Aku selalu buat orang marah, selalu buat orang terasa, tapi bila nak mintak maaf, sekali pun payah.
Ego aku tinggi. Tinggi langit. Aku sombong, aku tak ramah, aku memilih kawan. Aku jaga kelas, walaupun kelas aku sebenarnya di bawah, bukan di atas. Aku selalu tak berkenan dengan orang, selalunya sebelum berkenalan.
Aku pemalas. Kemas rumah, mop lantai, sapu sampah bukan 'scene' aku. Aku tak reti masak. Basuh baju pakai mesin pun aku terkial-kial. Ciri-ciri berkahwin memang tak ada langsung. Apa lagi nak jadi anak solehah.
Aku jarang serius. Semua benda aku ambil lewa. Semua hal aku buat ketawa. Aku gemar bersuka-suka. Berhibur sampai orang naik pelik, tak penat ke?
Jadi itu baru separuh sifat buruk aku.
Kalau keluarkan semua, boleh buat letih nak baca balik.
Malu?
Biasa je sebenarnya.
Orang datang dan pergi disebabkan ini. Tetapi buat masa ini, semua tu tak apa.
Sebab satu asas hidup aku pegang,
"Hidup memang dikelilingi orang. Tapi orang bukan satu, bukan juga sejuta.
Yang penting, jadikan diri sebagai hak diri sendiri, bukan orang lain punya."
p/s: Aku hormat cara hidup kau yang bertentangan dengan cara hidup aku, sila belajar hormat cara hidup aku, yang dah tak perlu ada kau di dalamnya.
No comments:
Post a Comment