Game bangang.

Aku dan kawan-kawan ada satu permainan iaitu,



BERIKAN FUNGSI ________ SELAIN DARIPADA FUNGSI ASALNYA.



Okay sumpah game ni merepek tapi fun gila nak mampos. Game ini macamgini, selalu tak plan pun nak main, tapi dia selalu datang bila sekor dah start merepek, yang lain mesti lah sambung. Okay, katakan baru-baru ni, aku plan nak tukar dari menghisap rokok, kepada menghisap paip. Hazeman pulak kata, kalau hisap paip, dia nak paip yang panjang ala-ala Wong Fei Hong tu. Haih, gaya nak kena ada.

Aku akan mencelah,
"Haa, kalau paip yang panjang, aku boleh buat sign iklan, letak dakwat macam orang dulu-dulu tu."

Lepastu, Sheima akan sambung,
"Boleh buat penggaruk belakang jugak weh."

Balik semula dekat Hazeman.
"Bosan-bosan boleh buat straw."

Dan bersambung-sambung sampai semua dah takde idea. Sumpah lawak.



Semalam, kitorang berborak pasal Azee dah nak pasang braces dia, dah tu, start la,

Sheima : "Ada remote tak? Senang nak bukak pagar dekat gigi kau kalau ada remote."

Aku: "Nanti hari raya dah dekat, mesti mak kau bagi duit, suruh beli cat, cat pagar dekat gigi kau."

Dan seterusnya, aku malas nak cerita part Hazeman, sebab untuk pengetahuan semua, dia seorang manusia yang amat kreatif bila tiba bab melucah.



Okay, kau cakap benda tu tak lawak.
Aku faham, kau tak disturbed macam kitorang. :D

No comments: