Semoga engkau dibalas dengan segala jenis kebaikan di dunia dan di akhirat, atas setiap sabar yang menggunung dalam dada dan atas setiap tenang yang wujud di air muka.
Semoga engkau dibayar satu persatu atas berjayanya engkau menadah setiap ujian yang turun, yang buat aku, aku yang hanya berdiri di sebelah hanya tahu sibuk,
sibuk marahkan takdir kenapa semua sekali datang tidak berhenti,
sibuk rasa menyesal atas bodoh orang lain tidak mahu mengerti,
sibuk kecewa kerana yang aku mampu hanya berdiri di sebelah engkau, dan perhati.
Kalau engkau minta aku kongsi setiap rasa dan setiap pedih, aku seribu kali sudi. Kalau engkau minta aku jadi sahabat paling dekat, tidak ada orang lain yang boleh ambil aku punya tempat.
1 comment:
terima kasih pa..
nangis aku bace ni..
=)
Post a Comment