Dasar berpijak pada bumi yang nyata

Kita manusia jarang sekali pandang ke bawah. Asyik-asyik "Dongak ke atas, lihat langit terbentang luas, di situ ada masa depan kita". Ataupun, "Pandang ke depan, jangan toleh lagi nasib di belakang".

Tapi selalu lupa "Lihat dekat mana tempat kita berpijak, tengok sama ada layak atau tidak".

Setan.

Macamana bagus pun kau rasa diri kau. Macamana selesa pun aku dekat tempat aku. Macamana tinggi pun mereka fikir status mereka.

Selalu sangat kita lupa, kurangnya mesti ada. Jangan cakap dengan aku hidup kau terlalu sempurna sampai tak ada apa yang nak kau sesalkan, tak ada apa yang nak kau sedihkan dan tak ada apa yang nak kau tangiskan.

Bohong, kita sebenarnya hidup dalam tipu diri sendiri. Setiap cakap kita, setiap pendirian kita, tu semua untuk kalis diri sendiri dari ternampak orang semua cacat cela hidup kita.

Lalu, berpura-pura lah kita dalam hidup sampai kadang-kadang terlajak perahu kata orang, sampai terlupa jadi diri sendiri.

"Aku kaya, aku boleh beli apa sahaja."
"Aku cantik/kacak bergaya, boleh dapat sesiapa dengan petik jari sahaja."
"Aku pandai, masa depan mesti cerah punya."

Atau sewaktu dengannya.


Kenapa? Kau terasa? Jadi betul lah tu. Kau mungkin kata itu gurau saja. Tapi jangan sekali-kali lupa, Tuhan bagi telinga untuk mendengar, bagi mata untuk melihat, bagi mulut untuk merasa, bukan untuk bongkak. Tuhan bagi hati pulak untuk menilai, bukan untuk bongkak jugak.

Aku pun tak terkecuali. Kita sama sahaja. Tapi aku akan perlahan-perlahan belajar, pujian untuk diri sendiri adalah apabila aku bersendirian, bila tak ada orang lain dengar, bila aku pasti dinding itu pekak. Pujian untuk diri sendiri jugak untuk bagi diri aku sendiri bersemangat, bukan untuk buat orang sekeliling menyampah, bukan untuk buat sesiapa yang dengar termuntah.



Ni belum lagi masuk bab banding-membanding.



Aku tau, bukan susah nak terlajak jadi manusia lupa diri. Tapi kita sama-sama cuba untuk tidak terlajak, okay?



Tapi statement kau memang tak boleh belah la. Takkan takde cermin dekat rumah?

No comments: