Babeng comel gila, rasa nak masukkan kepala dua-dua ekor dalam mulut.
Aku dengan Sheima ada satu aktiviti, aktiviti khas kami berdua. Iaitu, pergi ke rumah kebajikan haiwan, untuk main kucing. Haaa, comel. Aku tau tu.
Aku namakan aktiviti ni, lawatan pasangan lesbian yang cintakan haiwan ke SPCA.
Dah dua kali kami menjalankan aktiviti ini, dua orang sahaja, sebab lagi dua orang, sombong macam bagus tak suka kucing. Ahaha.
Gambar di atas, masa kali pertama kami pergi, sampai-sampai je terus, "Awwwhhh, comelnya shayang shayang ni, alololololoh, meh shini meh, lah shayang shayang, lah manja manja, comel comel shanyat, yayannnggg."
Itu version aku lah.
Kalau Sheima, dia suka bagi nama kucing, semua nama tak semenggah. Kalau warna putih, dia akan panggil, "Susuuuu." Kalau hitam, dah tentu, "Kopiiiii." Kalau warna yang bercampur baur, dia panggil, "Longkanggg".
Tak komersial langsung.
Yang bawah-bawah semua gambar masa kitorang pergi lagi sabtu lepas, main-main kucing. Semua kucing situ manja-manja lah. Aku rasa mungkin sebab kurang kasih sayang. Atau sebab duduk dalam sangkar je so diorang nak orang pegang belai semua.
Aku rasa keibuan sangat setiap kali pergi tempat ini.
Next time, kitorang nak pergi, nak jadi volunteer terus. Bagi anak-anak makan, mandikan dengan penuh kasih sayang, dan main-main. Sumpah, kau masuk je tempat ni, confirm kau lupa semua benda dekat dunia luar.
Anjing pun ada, kalau korang nak main-main jugak. Ada yang manja jugak. Samak bukan satu hal.
3 comments:
nak anjing. nak anjing. nak anjing. heeee
pergi ah adopt weh, ada jugak la yang comel comel. tapi puppy tak berapa nak ada sangat, aku rasa.
nak ikut!!!! :/
Post a Comment