Gila tak best dah takde masa nak update blog.
Okay, tempat kerja gua best gila. Masuk sukahati, dapat pergi jalan-jalan, dapat tengok artis shooting iklan (walaupun Harith Iskander je tapi sumpah dia awesome), dapat join projek besar besar (siap lah lepas ni gua dengan Nora Danish bestfriend) dan pelbagai lagi.
Hari first gua jadi kuli, hari second gua dah macam CEO main sain-sain iklan. Haa, bos tak bos la kan gua.
Tapi bukan tu yang gua nak highlightkan. Yang penting sekarang, OFFICEMATES gua semua hot tak patut, tak kira bangsa. Hari first kenal-kenal gua terketar-ketar salam semua orang. Ye ah, bukan senang nak salam orang handsome, ye dak?
Jadi gua fikir hari hari balik pukul 9 malam pun gua tak kisah sebab lelaki hot lalu lalang (gua bukan terdesak bai, gua banyak kerja).
Lepas tu, gua ada lah usya satu orang ni, graphic designer wah memang hot teruk, nerdy sikit, citarasa gua sejak dari first akil baligh orang orang macamgini ni. Dari sehari gua stalk je dia. Bila dia khusyuk design iklan, gua kasi jenguk sikit, "ah ni rajin ni, memang pilihan orang tua". Pehhh, gua dah start geram.
Tadi gua balik rumah baru gua cari dia dekat FB (takkan nak stalk FB officemate dekat office ye dak? Nanti orang ingat gua pesalah seksual).
Klik klik sikit, jumpa nama, gua dah mula rasa sangsi, gua klik page dia.
Sekali besar depan bijik mata gua, gambar dia dengan anak bini dia.
Tahniah Syapa, laki orang, dah ada anak yang masih bayi.
Lahanet.
Ni kalau Apis Jamal gelak, memang gua terajang.
2 comments:
AHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHA :DDD
walaupun stress masih ok sbb bley cuci mata...ahahaha
Post a Comment