Ahad jahat.

Hari Ahad adalah biasanya hari dimana kalau boleh aku mahu buat semua benda tetapi sudahnya diakhiri dengan tidak berbuat apa. Seperti mana juga hari ini, langsung tidak bergerak dari comforter yang hanya akan dilipat apabila aku mahu keluar, stalk blog orang lepas satu satu.

Sheima tidak ada, ada car club gathering di Sepang F1 Circuit. Kali ini tidak ikut, kerana aku tidak ada mood untuk berpanas-panasan. Tetapi sudah wave bye bye dan wish "have fun" dengan mata separuh tutup dekat dia pagi tadi. Juga telah cakap bye bye dekat Yen yang pergi mengajar kelas tambahan membantu anak bangsa di Damansara pukul berapa ntah tadi.

Selepas itu aku bangun dan bergolek tanpa berbuat apa-apa, Lye telefon on the way balik dari OU dan mengajak bermain bowling dengan Daughter dan Abang Aish. Aku malas dan tak reti main! Cis, berani betul mereka bertiga ini.

Sebenarnya entri ini mahu beritahu apa yang sangat sangat sangat dimahukan aku pada waktu dan ketika ini.

1. Pecal ayam Wong Jowo. Tolonglah, dadah jenis apa kakak itu taruk dalam pecal ayam tu pun aku tak tahu. Last pergi minggu lepas masa sakit pinggang, pecal ayam dah habis, tinggal pecal bebek je, sedap tapi tak sepuas pecal ayam.

2. Pantai. Nak main air di kawasan yang landai, tanak berbatu batu macam air terjun. Baring dekat gigi air sampai pandang langit. Hoi seronok lah seronok, jom la pleaseeeee PD je pun takpe. Bila? Okay, set. Aku siap sekarang!

3. Biskut raya. Yang apetah tu nama dia, yang putih putih salut dengan gula halus, alahai, apa nama dia aku lupa. yang kecil bulat-bulat tu. Sedap kunyah masa duduk sorang sorang dekat rumah.

4. Sebuah sangkar. Untuk dua orang anak yang super hyper active main lari sana lari sini siap lompat atas muka aku. Sekarang ini dah pandai tampar muka Rudy. Biar malam malam duduk dalam sangkar. Senang sikit.






Hidup ini tak payah nak produktif selalu sangat, duduk depan computer stalk apa patut, dah cukup mampu buat kau huru hara, bosan dan lapar sepanjang hari.





Random: by minggu depan takde siapa yang nak bagi aku kerja or panggil interview ke apa semua, aku resign dari jadi diri sendiri!

2 comments:

izzati noris said...

biskut arab eh Syafa?

blankpagewithalphabets said...

aku tau biskut ape..
kuih sugee..kan..?????
die cair bile masuk mulot..
kaaannn..???