merujuk kepada sms anda.
anda tahu saya ada hati sendiri untuk dijaga lalu saya hanya minta anda benarkan saya mencuri masa untuk berdiam diri kerana kita sama-sama pernah setuju yang diam itu pintar jadi itu pendekatan yang saya mahu cuba sekarang ini
saya langsung tiada niat untuk melakukan itu dan jika saya berniat melakukan itu kenapa saya mahu semua orang nampak keadaan itu sekali lagi saya katakan saya hanya perlu sedikit masa sahaja tidak lama lagi kita boleh sambung bergembira
bukan niat saya membelakangkan anda dan rakan-rakan lain ini kerana dengan kehadiran dua manusia yang anda sebut dalam sms anda tadi saya ini mampu mengubah arah fikiran supaya tidak telalu memikirkan perkara-perkara bodoh ini
bukan masalah takdir ataupun apa bukan saya marah pada tuhan bukan saya benci pada orang-orang sekeliling tetapi saya hanya mempunyai isu sulit dengan diri sendiri anda pun sudah cukup tahu keadaan itu jadi biar saya sendiri yang tangani keadaan ini
jadi saya hanya mahu minta maaf kalau anda sedikit sebanyak terasa dengan saya saya tiada niat menyinggung anda apatah lagi berniat menghancurkan diri saya sendiri anda mungkin lebih kenal diri saya lebih dari diri saya sendiri, Mu'izz.
anda sangat-sangat tahu keadaan itu.
2 comments:
EHEEEMmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
babi, nak ehem buat apa?
Post a Comment