mengapa saya masih tiada teman lelaki?

jawapannya;

persekitaran yang jahat.

1. universiti

lelaki di sekolah saya amatlah nerd semuanya. jika ada pun, hanyalah bakal-bakal architect dan mereka hanyalah terperap dalam studio, jadi tiada peluang untuk saya pura-pura terlanggar bahu ataupun buat-buat jatuhkan buku. oh ya, ada. jejaka-jejaka dari Indonesia, malangnya, mereka memandang gadis Melayu sama seperti kita memandang gadis-gadis Indonesia yang bekerja sebagai cleaner atau akak cafe.

2. facebook, myspace dan guys4men

disini kita berpeluang untuk mencari calon teman lelaki, tetapi dengan syarat, kita haruslah super cantik, ataupun letak gambar perempuan cantik sebagai primary photo. saya tiada kualiti itu, mahupun gambar perempuan cantik. tiada sumber langsung, ini kerana, kawan-kawan saya lelaki mahupun perempuan adalah hodoh-hodoh belaka. untuk guys4men, saya hanya mampu menjadi pengadil liga sodomy peringkat daerah sahaja.

3. tempat bersosial seperti shopping malls, gigs dan mapleys

disini bukanlah tempat saya, gadis yang berusia 22 tahun untuk mencari jodoh. malahan sudah berbulan lamanya saya tidak ke tempat yang tersenarai di atas, itulah realiti sebenar, fewwit. kecuali mapley, itupun radar pencari jodoh tidak bergerak langsung. hanya aney yang sudi melayan saya sambil bertanya, " mau woder apa?"

4. kawan atas kawan

juga tidak berjaya, kerana kawan-kawan saya tidak ada rakan-rakan yang sesuai untuk dibuat laki, kalau ada pun, yang telah jadi laki orang. lalu saya dicop sebagai perempuan picky. bukan begitu, bak kata pujangga, PEREMPUAN HODOH ADALAH UNTUK LELAKI HENSEM. kawan-kawan, tolong terima fakta.

di atas adalah beberapa sebab mengapa saya masih menjanda.
adakah penjandaan ini akan mengambil masa bertahun lagi untuk berubah statusnya?
mungkin saya perlu tubuhkan kelab janda sunyi semalaysia?

itu yang kita tak tahu.

6 comments:

putihreddish said...

sayangku..single itu indah n x menyakitkan..

all the single ladies!!!!all the single ladies!!!now put ur hands up!! hey!

The Spiral Eyes said...

setakat ini aku masih hidup walau telah single bertahun tahun lamanya,tak pernah dengar lagi kes ada orang mati sebab single

Syfa Nisa M said...

kak maria, yeahhh, tapi sudah bersawang ini. cenggana?

spiral eyes, saya on the way mati lah ni nak membayar percutian ke genting kawan-kawan.

fndrocka said...

single itu sexy

Syfa Nisa M said...

fndrocka, iya, sexy, tetapi tidak lagi selepas empat tahun. letih membersihkan sawang, dan membuang labah-labah.

nurhaikal said...

Mintak tolong saudara mara carikan. insyaAllah niat baik, akan dipermudahkan.