cuba bayangkan keadaan ini;
aku berpakaian lengkap, lengkap disini bermaksud berbaju, seluar dan tudung, siap segala macam nak pergi habiskan duit dekat shopping complex.
Ijat berbaju tidur, baju tidur disini bermaksud baju kelawar, macam makciks petang-petang cari kutu jiran atas tangga rumah, tinggal tak berbedak sejuk dan bertocang dua sahaja.
Yen berbaju tidur separa menutup badan, baju tidur separa menutup badan disini bermaksud, seluar pendek dan top tidur, seluar pendek yang amoi-amoi biasa pakai masa pergi pasar malam atau pergi main warcraft dekat cc.
watak tak kurang penting, Kak Maria berbaju tidur biasa anak muda masa kini.
masa: 12 tengahmalam lebih.
tempat: depan rumah Kak Maria, lebih spesifik, depan gate, dekat lubang longkang.
alasan: kunci rumah dijatuhkan oleh Ijat, dan jaring penutup lubang longkang telah disimen dan tidak boleh diangkat.
keadaan ini gila lawak, Yen berusaha, Ijat pucat cuak, Kak Maria ulang alik bawak batang kayu. aku suluh pakai handphone sambil tengok je.
lawak gila weh, lawak nak mampus. setengah jam kerja aku gelak je. lawak gila.
1 comment:
u kate i watk kurang penting?????huih...tokey motel tuuuuuuuu
Post a Comment