entri panjang sebelum blog aku ditongsampahkan.

kalau rasanya blog aku blog emo, atau blog tempat meluah perasan beria kelapa, tinggalkan komen menjatuhkan, and i shall keep this blog to myself.

after all, bukan salah aku kalau kamu yang membuka blog ini.

ini tempat aku cerita kekalutan hati.



pertama;
aku sudah belajar bersabar sejak dari kecil,
sejak Tuhan mula turunkan ujian-ujian berat yang meminta sabar aku sebagai sandaran.
bila aku merungut,
itu bermaksud aku masih boleh bersabar,
kerana kalau sudah tidak boleh bersabar,
sudah lama aku bersama mereka-mereka mengutip sampah di tepi jalan untuk dimakan.
KAMU TAHU ITU.

kedua;
tidak semua tawa aku bermaksudkan kegembiraan.
aku tutup semua susah dalam hati kerana terdesak mahukan sebuah kehidupan.
aku tidak pamerkan semua kesedihan kerana masih mahu butakan mata orang sekeliling,
kerana menjadi riang lebih memudahkan urusan hidup.
KAMU TAHU ITU.

ketiga;
sikap tidak ambil tahu dan pentingkan diri sendiri adalah punca aku terus berdiri.
ini kerana aku ada hati yang perlu dijaga,
itu amalan aku dari dulu.
aku tidak peduli tilik nilai orang,
jalan mereka mungkin telah dipermudahkan,
tetapi belum aku.
KAMU TAHU ITU.




jadi bila aku tidak seperti yang kamu mahukan,
bila aku berubah tidak menentu hala,
bila aku mula langkah menjauh,

PATUT KAMU TAHU,
itu semua adalah yang terbaik buat aku.
tiada niat pancing simpati,
tiada niat membuat muka kasihan.
tiada niat menolak kenyataan.
aku memang manusia yang menyedihkan.

PATUT KAMU TAHU,
jika aku termasuk dalam golongan manusia yang patut kamu elakkan,
kamu masih punya waktu untuk pergi,
aku persilakan.

2 comments:

Encik Puaka said...

jangan delete blog kamu lalink.

kakak suke membacanya.
ade pahit manis suka duka.
suka.
suka.suka.


sabar ek. kalau da berpuluh tahun kamu katakan kamu dah sabar.
troskan. troskan.

insyaallah banyak lagi yg menyapot.









kakak sedia berkhidmat! tabik!

Syfa Nisa M said...

kak puaka, ah malunyaaa.