bak kata Hanna, "comot la kau."

mari aku khabarkan beberapa situasi buat dua alat sulit berbalah.



" ada girlfriend atau boyfriend, tapi dah nak clash dah. "

" time will tell, ini kerja Tuhan. "

" ada jodoh tu, ada laa. "

kalau katanya sesedap mana yang mampu diserap hati, jika sakit yang menunggu di hujung, mahu dijawab dengan apa? jika sudah tidak ada usaha, tidak bergerak rasa, tidak tersentuh fikirnya, muntahkan sahaja di depan mata.

tidak ada guna nya jika beralas satu kata-kata jika hanya mahu menjaga apa yang tersedia, buang waktu. jika main takdir itu menolak apa tentunya, jangan dipegang apa yang bukan punya diri.

mausia seperti aku contohnya, mencari sesuatu isi tersurat, tanpa perlu mengerah minda menganalisa suatu apa yang tersimpan. buang masa, buang masa.


disini, adat resam juga ada jahatnya, bentuk manusia menjadi makhluk yang sering menyelamatkan diri sendiri tanpa peduli tentang diri lain. tidak aku kata kita tidak perlu hidup bertiangkan adat, adat memijak jiwa, apa gunanya?


adat yang membuat perempuan malu untuk memulakan jalan, adat yang membuat manusia terlalu berbudi bahasa bila bukan pada tempatnya, adat yang membuat manusia bertoleransi hingga mampu membunuh.

aku juga masih hidup dalam adat-adat ini, sedang berusaha untuk melanggar janji, sebab sekarang bukan masa untuk bertuhankan hati, aku rela menjadi keji, kalau itu mampu buat aku tegak berdiri.


fikiran ini bukan untuk kawan, bukan untuk lawan, bukan untuk yang dekat, bukan untuk yang jauh, aku tidak marah, jauh sekali kecil hati, kita sama-sama lebih dan kurangnya, kamu mampu berfikir lebih dari aku, jadi tidak perlu terasa.

jawab untuk Kak Maria buat entri dibawah;

" tidak lah sesukar mana, lakukan sahaja seperti mana yang anda telah ajarkan pada saya."

2 comments:

putihreddish said...

kadang2 kite sendiri xtau apa yg org belajar dari kite sbb kite sendiri jadik seolah2 dungu bile tiba masa diri sendiri yang diuji..huhu~~thanx syfa..kite same2 bantu la mane yg lebeh mane yg kurang..

sekian..~~=)

Syfa Nisa M said...

ye, kalau susah sangat, monosexuality is an option, hell yeah!