1. aku diiktiraf from a on-holiday-trash kepada seorang surirumah yang tak semena-mena rajinnya.
2. setiap hari, selepas lunch, aku akan facebook-ing sehingga maghrib, dan bersambung selepas dinner. ini satu keajaiban, i used to hate facebook, tapi sekarang aku suka, due to this crush-stalking thing ini.
3. cuti ini, oleh kerana kehidupan yang agak tertutup, my reasoning was directed to spiritual things, semayang, death, faith and all that. tapi aku rasa ini sekejap sahaja, balik KL nanti aku pastilah ligat kembali.
4. pakaian rasmi aku adalah baju kelawar, sepanjang cuti, aku rasa paling banyak pun tiga kali sahaja aku pakai pakaian yang bukan baju kelawar. ini rekod baru, sampai org dekat rumah pun rimas suruh aku pakai seluar.
5. cuti ini aku adalah tukang masak full-time. belum ada yang jatuh sakit akibat keracunan makanan, atau merungut tidak sedap, kerana awal-awal lagi aku sudah beri amaran, kalau kutuk, aku lari rumah.
6. cuti kali ini juga, telah menyaksikan rambut aku yang botak telah tumbuh dengan hodohnya, mahu potong, tapi aku telah berjanji dengan Puan Shikin untuk menyimpannya. rambut belah kanan aku pula sudah melepasi leher. ini juga hodoh.
7. aku berjaya menghisap rokok hanya sebanyak 5 batang di sepanjang cuti ini. aku tidak pasti keadaan ini akan berterusan atau tidak, mungkin aku pulang ke KL juga akau akan pus-pus dengan dahsyat.
8. aku kemas almari baju, jumpa banyak jubah yang aku kerap pakai untuk ke kelas semasa di matriks dulu, aku akan pakai mereka semster hadapan, sungguh praktikal.
aku sudah sedia untuk berusia 22 tahun.
p/s: photos will be uploaded later.
1 comment:
suluh? nanti akak diva belikan torch light. ngaiahahaha
sila update diri sendiri. blog baru akibat pengacauan orang gila tanpa sempadan
Post a Comment