1. Ayat pertama keluar dari mulut aku time aku umur 2 tahun, "abu, ko gobeh, ayah alik akan." bermaksud, "ibu, pukul 12, ayah balik makan.
2. Kucing aku Kuntom, dapat bau air sirap dari jauh, dia akan senyap-senyap hirup air sirap aku dalam cawan kalau aku leka.
3. Setiap pagi, setiap kali aku bangun, aku bangun awal-awal, supaya aku boleh sambung tidur dekat atas katil parents aku, habit.
4. Aku lagi geli tengok adik aku main mesej dengan gf dia, berbanding dengan lipas dan tikus.
5. Selain daripada Amy Winehouse, idola aku adalah Brody Dale, aku baru perasan, aku memang suka jenis-jenis yang macam sampah sikit, trashy gitu.
6. Aku kena jadi tukang masak sepanjang cuti ni, aku tak suka itu. aku tak suka bila aku pandai masak, nanti aku syok sendiri.
7. Aku lebih banyak rindu Mimin bekas kawan yang berpacaran sama bekas kekasih dari Abby bekas kekasih yang aku puja dulu, walaupun isu banyak datang dari Mimin berbanding Abby.
8. Aku belum ada rasa mahu kurus. Bila dekat-dekat kahwin, itu pun tak sure kurun ke berapa, baru lah aku potong lemak di badan.
9. Aku aktif di Facebook sebab nak stalk Suluh je, sebelum ni tak heran pun, kesian kan aku.
10. Aku sedang miskin, sungguh miskin, hingga rasa nak start tanam pokok cili esok dan doa cepat tumbuh boleh aku jual cili-cili tu, dan dapat duit.
2 comments:
number 10. sama. bawang da start tanam serai kat umah. tak tipu!!!!
haha, serai lambat keluar hasil.
orang kata kalau nak cepat, tanam diri sendiri, haha.
Post a Comment