hantu boleh cekik kita ke? tak kan?

sekarang aku di kampung halaman,
akibat keboringan melampau kota Kuala Lumpur.
seperti biasa, berjumpa Puan Shikin bermaksud gossip hangat kampung aku.

tapi sekarang fokus aku dekat cerita hangat kampung yang tidak melibatkan manusia.

Encik Mat bilang, sekarang dekat kampung tengah musim hantu.
saing dengan musim durian.
respon aku: takkan diorang pun ada musim.

katanya lagi, latest incident adalah pada beberapa hari lepas, ada orang nampak hantu galah mengendong puntianak, gila buy one free one.

aku seperti tidak mahu percaya, tapi betul lah agaknya apa yang aku nampak time tengah menonton diorang berlatih silat, cahaya putih melintas dekat jalan raya.

sepantas kilat aku masuk dalam, bukan sebab takut (tipu, sebenarnya takut) tapi sebab aku malas karang ada yang menyinggah. haha. rupa-rupanya bukan aku seorang nampak, yang ada masa tu pun nampak.

ceh, nak carik kawan ye.

sebab itu diorang tak bagi aku keluar tengah malam cari burger.
hari ni aku beli burger ramly siap-siap biar goreng sendiri.


hantu punya pasal, aku lapar sepanjang malam.

5 comments:

bokbon said...

oit..lapar-lapar cari burger, kat dapur takkan takde tepung, buatla lempeng. hahaha!

Syfa Nisa M said...

mana awak tau rumah saya ada tepung?

Nama aku At apabila belum siap ditaip said...

Itu hantu ka tahi bintang? Mistik jugak...

Atai said...

dah musim durian ke?
cpt...bagi gue alamat kg lu...
esok gue sampai...
cpt....duriannnn...cpt....

Syfa Nisa M said...

atiq, itu laa, aku pun pening.
atai, hah, lokasi dirahsiakan, kang durian habis, nak jawab apa dekat ibu?