Lelaki dalam pemberanganan.



my monkey men.



Aku borak-borak dengan Mirja di satu hari, pasal lelaki macamana aku suka. Last-last aku jadik benak jugak sebab aku pun tak berapa pasti sangat lelaki macamana aku suka. Tapi nak cuba listkan jugak lah. Kalau betul dapat macamgini, gila kau, kenduri tiga hari aku.

1. aku tak mahu lelaki kaya, sebenarnya, sebab lelaki kaya melemaskan, aku memang poyo, tapi aku tak makan duit lelaki.

2. aku mahu lelaki rambut panjang, namun bukan seperti Abang Nas Melodi, itu seram.

3. aku tak mahu lelaki hensem, sebab aku malu bila mata masyarakat lebih nampak kehodohan aku dari kehenseman si dia.

4. aku mahu lelaki manja tetapi independent, sebab aku sebenarnya bersifat keibuan. alahai.

5. aku tidak mahu lelaki yang gila sms. zaman aku 20 tahun ke bawah boleh lah, masa tu budak-budak lagi.

6. aku mahu bad boy. tidak kisah, aku boleh bawa diri.

7. aku tidak mahu lelaki yang terlalu ikut peredaran zaman, dari segi gaya. sebab aku selekeh dan tak fashionable.

8. aku mahu lelaki yang bersuara perlahan, dan bercakap dengan tenang. supaya dia boleh tutup mulut aku bila masa yang perlu.

9. aku tidak mahu lelaki banyak kerenah, itu tak boleh, ini tak boleh. Aku tidak perlu dibabykan, aku dah besar, mentally and physically.

10. aku mahu gay, ah, mustahil, tapi itu yang paling penting.


Ini senarai dibuat ketika saat ini, saat aku berumur 22, in the future aku tidak tahu, mungkin senarai akan dirombak, mungkin juga sudahnya lelaki yang aku akan dapat langsung tidak ada dalam senarai, mungkin juga senarai ini hanya kekal sebagai senarai. Shit, aku rasa loser pula buat list ini.

No comments: