mana kau tahu perempuan lagi banyak murtad berbanding dengan lelaki?
ini isu sensitif, jadi nasihat kau yang mula-mula ~yang suruh perempuan berhati-hati kalau kawan dengan non-Muslim, kawan as in dating~ aku tolak ketepi dahulu.
perempuan lagi ramai murtad berbanding lelaki. kau kata itu terjadi kerana perempuan Melayu, perempuan Islam sanggup tukar agama demi kekasih kafirnya, kau kata perempuan emosinya lemah, jadi senang terikut-ikut.
aku setuju, itu suatu fakta, juga suatu sebab mengapa perempuan mahu menukar agama, kerana cinta, tetapi itu bukan satu alasan untuk kau letakkan hukum perempuan sememangnya lebih banyak murtad dari lelaki.
statistics kau mengatakan, berbanding lelaki, perempuan lebih ramai murtad. kenapa itu? kerana, perempuan sahaja, buat masa ini yang berani membawa isu ini ke atas, seperti isu tukar status di kad pengenalan dan sebagainya. namun bukan itu yang aku mahu banggakan. cuma, kau tidak melihat jauh kedalam lagi.
boleh jamin kah lelaki kurang peratusannya dalam hal-hal murtad ini?
bukan aku mahu berhujah agama, tetapi secara logiknya, jika memandang kepada statistics, bagi aku, kiraannya berdasarkan sesuatu yang telah disahkan, yang telah dikenalpasti. jadi, mana-mana lelaki yang tidak dikenalpasti status agamanya yang telah bertukar, bagaimana pula? sungguh rajin kau mencari seorang demi seorang untuk dapatkan kepastian.
jangan lihat sesuatu dari permukaan sahaja, kau terpelajar, dan aku tidak bersikap defensive, cuma jangan perlihatkan ego kau depan kelas. itu sungguh tidak perlu.
No comments:
Post a Comment