mungkin blog ini puncanya.

ini blog aku.dan blog ini untuk aku.bukan untuk kita-kita aja.blog ini tempat aku cerita apa yang aku lihat dalam dunia, bukan dari segi kebendaan, tetapi secara lahiriah.maafkan aku kalau kamu tidak faham,aku pening hari khamis dan jumaat ini exam.

senang cerita,aku tidak kisah blog ini dibaca,atau tidak oleh orang lain kerana blog ini blog aku.blog ini sebagai bekalan untuk aku lihat kembali tujuan hidup ini.

jangan gelakkan aku jika blog aku ini langsung tidak popular.blog ini bukan untuk kamu.

minta maaf

minggu lepas ada banyak masalah.
aku juga tak henti-henti buat masalah.


minggu lepas aku mula bertukar dari seorang pemaaf kepada seorang peminta maaf.


kenapa ini?
aku selalu jaga batasan diri supaya tidak buat masalah,
tapi minggu lepas aku bertukar menjadi seorang yang baik kepada jahat.ini tipu betol


aku berazam supaya banyak melakukan aksi dari membuka mulut.
kepada orang orang yang aku mendapat masalah sakit hati terhadap aku,
aku minta maaf.


aku bukan jahat,
aku bukan sengaja nak sakitkan hati dengan percakapan.
aku bukan sengaja nak naik motor dengan boyfriend orang.
aku bukan sengaja nak cari gaduh tak pasal-pasal.


aku hidup untuk diri sendiri,
tapi aku masih perlukan kamu semua untuk penuhkan hidup ini.
jadi betulkan aku bila silap.

minggu lepas dan lelaki

aku berjaya buat rekod baru.tak tidur tiga hari berturut.ini first time jadi aku jakun.
minggu lepas sangat penat sampai aku lupa masa makan.tidur tak lupa tapi terpaksa lupakan.
assignment dan kuiz juga midterm juga enjoy dalam satu masa sekaligus.
minggu depan lagi akan sibuk.


sekarang aku nak cerita tentang pengalaman aku bertemu lelaki lelaki baru.
bagi aku lelaki adalah kompleks.

bulan lepas aku kenal lelaki yang separa matang.
jadi pemikiran mereka masih boleh diterima.

semalam aku kenal dengan lelaki yang hampir-hampir matang.
dan pemikiran mereka juga masih boleh diterima.

apa yang aku nak tekankan dekat sini,
lelaki sebenarnya lebih rumit dari perempuan.
aku bukan cuba jadi seksis atau feminis tapi dari apa yang aku lihat,
masalah menjadi lelaki lebih besar dan lebih elok jadi perempuan walaupun tidak laku.

tapi bila aku tengok lelaki,aku rasa nak mengawan.

sungai pisang

semalam hari ahad.aku tak keluar.aku baik minggu ini.petang hari aku keluar jugak.tapi itu tak kira.sebab tak habiskan duit.aku pergi sungai pisang dengan kawan-kawan baru.


sebenarnya aku nak cakap pasal benda lain, bukan trip ke sungai pisang pun.
semalam baru aku perasan, sebenarnya kawan aku datang dan pergi.bila kawan lama dah pergi jauh, datang kawan baru.aku tak sure itu sesuatu yang baik atau biasa aje atau tak bagus.entah.tapi aku enjoy dengan kawan-kawan baru.
seronok.


roomate aku dah ada boyfriend buat kali pertama.
boyfriend dia orang brunei, aku tengah buat-buat baik la ni.




teater: 2 minggu lagi, kenapa aku tak rasa takut.entah.

kepala aku kadang-kadang pening.

iye,
sememangnya semester panjang membuatkan kepala aku pening.
kenapa cikgu suka memberi kerja yang byk dan itu semua buat aku saket hati.



oh,
kebetulan aku sedang busy dengan teater,
first timer, aku dah terbayang-bayang kehodohan aku di atas stage.
aku harap ibu dan ayah akan datang.


tidak banyak cerita,
tapi aku sangat bosan untuk belajar sekarang ini.
rasa ingin berjoli lebih banyak.


aku ada crush baru,
iye.
selagi aku single,aku bebas utk suka sesiapa dan sebanyak mana sesiapa itu.
aku boleh!


dan aku sudah mula jelik dengan sikap kawan-kawan yang menambahkan pening di dada.
sepatutnya mereka lebih tahu batas-batas utk diri mereka sendiri.
aku harap mereka cepat sedar.





aku juga tidak sempurna,tapi aku cuba sedaya upaya untuk menggembirakan hati orang lain.