ada pesan untuk kamu sebelum aku terlupa.
Semoga dengan pesan ini, kamu ingat letak duduk kamu sebagai seorang Khairunnisa.
1. Jangan lakukan kebaikan seumpama untuk kamu lepaskan manfaat ke atas diri sendiri sahaja. Buatlah kebaikan ke jalan Allah, dan juga untuk manfaat manusia-manusia lain. Kebaikan itu tidak pernah terbatas, asal kamu tahu setiap satu nilainya.
2. Jika tiba-tiba kamu menjadi seorang pelupa dan kembali ke kamu yang dulu, maka ingatlah Tuhan sedang turunkan ujian kepada kamu untuk lihat sama ada ikhlas kamu itu benar-benar dari hati atau tidak.
3. Setiap kali dirundung malang atau ketidaksenangan, maka percayalah setiap sabar itu besar manfaatnya. Terlalu banyak yang telah dikurniakan ke atas kamu hinggakan memang tiada ruang untuk kamu memberontak meletakkan salah ke atas suatu yang lain.
4. Percaya kepada setiap takdir yang telah ditentukan untuk kamu. Setiap nafas kamu adalah takdir, setiap gerak hati kamu adalah takdir, setiap langkah kamu adalah takdir. Dari situ, bentuklah setiap takdir itu supaya menjadi sebuah kebaikan kepada diri kamu sendiri.
5. Jaga hubungan sesama manusia. Jangan nilai di atas keburukan mereka apalagi menilai niat mereka. Sesungguhnya kamu sudah pasti tidak mahu diperlakukan yang sama. InsyaAllah kamu sama-sama dapat berkongsi kebaikan yang ada dalam diri mereka.
Jangan sekali-kali zalim dengan diri sendiri, sedangkan Allah pun sayangkan kamu, lalu Dia bukakan mata. InsyaAllah, ingat tu Khairunnisa. Maka bersiap-siaplah kamu daripada sekarang.
No comments:
Post a Comment