Pasangan Miang Jiwang.
"Terima kasih sebab tak pernah ungkit hutang sakit bersalin, hutang air susu, hutang setiap butir nasi, hutang air mata, dan pelbagai hutang yang lain. Sedikit sayang pun tak akan berkurang, sedikit kasih pun tak akan menipis. Selamat Hari Ibu, Bomoh Tua! Dan juga seluruh mak budak dalam dunia!"
Takkan ada satu manusia pun yang boleh kira berapa banyak syukurnya aku atas masih kewujudan kedua-dua ibu ayah aku. Kalau sekali diuji hilang salah satu, boleh gila aku. Hidup terlalu bergantung kepada keduanya ini sesungguhnya mengundang risau setiap saat. Risau bagaimana nak diteruskan terbang kalau hilang sayap.
Lalu hendak aku khabarkan kepada mereka yang telah hilang seorang, mahupun keduanya sekali, bahawa tidak ada simpati untuk kamu, sebaliknya rasa kagum bila tegap kamu berdiri, sedangkan aku kalau menggalas semua rasa itu, pasti merangkak dari mula sampai ke akhir.
Jadi sempena Hari Ibu, dimana tiada pun apa-apa sambutan tapi cukup buat aku bahagia kerana ini kali pertama selepas 6 tahun jauh jarak kami, Hari Ibu aku lalui dengan setiap saat hadirnya Ibu di sisi. Biar sampai naik rimas, aku tak peduli, kalau boleh aku bergayut di bahunya, aku bergayut.
Seronok.
Oh, Selamat Hari Ibu juga buat Ayah sebab jadikan Ibu seorang ibu, yang penuh kasih sayang, sikit pun tak pernah kurang.
1 comment:
almost menitis ayaq mata cheq
happy mother's day to syafa's mom,my mom and all momsies in the world =)
Post a Comment