Betina.

Maka masa yang dihabiskan di Batu Pahat selain daripada masuk hospital, FB, dan makan adalah buat album kucing.

Oh ye, dekat rumah ada seekor kucing. Aku pun tak sure kenapa nama dia Betina. Betina je. Simple. Betina. Takde Comel, Lucky, Abigail atau apa lain nama yang standard standard tu kan. Rilek je nama dia Betina. Betina bt Mohamed.

Sekarang dia bergalak nak laki, asal malam je huru hara, asal malam je merengek. Marah aku. Manja tahap mintak lempang. Tanak tidur atas lantai, nak tidur atas katil. Tak minum air masak, minum susu je cibai aku kecik kecik pun tak manja cenggitu.

Suka meleseh, dan buat muka ketat bila orang tak layan. Aku selalu dengki, dia datang aku tolak, datang sekali lagi angkat, julang tinggi tinggi pastu gigit telinga. Oh yes, I am pengotor like that!

Sila nikmati gambar-gambar Betina di bawah. Mungkin kalau ada kucing perempuan lagi lepas ni nama dia Sundal pulak. Siapa tahu?



Cubaan makan kerepek pisang. Gagal. Sebab takde jari dan kerepek pisang keras.

Okay tak dapat dari dalam plastik, rebut dari mulut orang. Cenggini punya kucing pun mak aku sayang lagi. Haih.

Memang ikut muka Puan Shikin betul dia ni. Saling tak tumpah.

Okay, kelas tusyen belajar main judi dari pukul 8.30 malam sampai pukul 11. Boleh dah kalau nak masuk Olimpik acara judi.

Tengok TV cerita Ahmad Durrah. Macam ke paham.

Ah, bukan selalu nak dengki tuan. Makan wayar laptop dia tengok boleh kenyang ke tak.

Bosan kelas judi. Masuk kelas menaip lah pulak.