Sedang gua mengunyah TamTam yang gua beli masa pergi lunch tadi (oh, gua beli 4 bungkus, dalam sebungkus ada 10 peket, kalau total semuanya tak lah banyak sangat kot?), gua tiba-tiba macam teringat kenangan lama mengusik kalbu. Sedih tak sedih sangat la, tapi mengalir jugak lah airmata masuk dalam peket TamTam. Sebab sekarang macam dah hujung tahun, dah nak masuk tahun depan, gua dah makin ganyut, tu yang konon-konon episod kenangan lalu meruntun jiwa tu.
Satu benda yang tak pernah berubah dalam hidup gua sejak dari gua kecik sampai sekarang adalah, gua tak mahu membesar (besarnya saiz badan gua tu tak yah cerita laaaaaa, babi). Membesar dari segi otak gua yang asyik nak duduk dekat lutut je tak mahu naik dekat kepala. Orang dah naik biru dah nasihat gua, masih buat dang, sebab apa? Sebab gua tak makan saman. Daripada gua pakai uniform sekolah, sampai ke masa gua dekat universiti pakai tudung tipu, sampai lah dah dua tiga bulan gua kerja ni. Tak sure kenapa gua tak berapa boleh sangat berfikiran macam orang dewasa.
Yang gua tau, nafsu gua, kehendak gua, degil gua.
Stail.
Sepanjang tahun ni, gua punya hidup boleh tahan berombak badai secara rare jugak lah. Awal tahun, gua belum habis belajar lagi, so lebih kurang sama jugak lah kehidupan gua macam tahun tahun lepas, bulan ni bulan Oktober, gua harapkan takde lah lagi situasi haramjadah yang boleh bikin gua menanggung malu sampai ke tahun depan. Tidak seperti Oktober tahun lepas, di mana cerita paku yang sungguh babi selamba membuat pipi gua kebas tahan malu. Hui, liga menganjing Syapa memang hebat diadakan ketika itu.
Tapi dalam bulan lepas ada jugak la gua terpeleot dekat Terminal Putra tu.
Stail.
Tak dinafikan juga, keadaan datang dan pergi orang sekeliling gua pun boleh tahan juga kejadiannya. Gua tahun lepas kawan rapat gila-gila babi dengan A,B,C,D,E,F,G, tahun ni gua kawan pulak gila-gila babi dengan A,B,C,H,I,J,K,L dan huruf seterusnya lah. Gua dah tengok pattern ni sejak dari dulu lagi. Gua memang tak boleh kawan dengan satu-satu orang dalam jangkamasa panjang lah, nak sampai ke akhir hayat tu lagi lah tak mendapat. Tak tahu lah kenapa. Nak kata sebab gua terlalu 'awesome', gua takut pihak-pihak berkenaan muntah bila membaca ini. Tapi ianya mungkin disebabkan sikap gua yang susah nak faham kehendak orang sekeliling kot. Mungkin. Usul ini akan dibentangkan dalam mesyuarat parlimen nanti.
Gua senang je, lu nak kawan, gua on. Lu tanak kawan, gua nak cakap apa lagi, ye dak?
Stail.
ihsan HannaComel, gigih weh dia, siap baring bagai tangkap gambar kitorang.
Minggu lepas gua punya konvo, event paling besar tahun ini. Sekalipun gua tersengguk-sengguk dengar rektor berbual dekat atas stage tu, terselit jugak rasa puas gua, sebabnya habis jugak gua belajar, walaupun tilawah gua bagaikan telur sesiapa di hujung tanduk sesiapa, gua berjaya jugak selesaikan semua. Gua plan nak print gambar gua memakai mortar board hodoh tu sebesar badan gua, nak suruh mak gua gantung dekat rumah, biar tetamu datang diorang nampak sikit calon menantu dorang, ataupun calon isteri diorang, "Berpelajaran jugak, walaupun tak semenggah." (oh sekarang gua dah tak memilih, atuk orang pun gua sebat)
Gua turut bersyukur sebab tak tergolek anjing atas pentas.
Stail.
Dalam pada stail-stail gua ni, gua rasa ada satu slack ah. Gua kurang makanan nurani. Gua takut satu hari terpergi jauh, tak boleh patah balik, akhirat nanti apa gua nak jawab dengan Tuhan? Habis ah gua.
No comments:
Post a Comment