Aku seorang ABANG.

Isu kekeliruan jantina dan aku umpama isi dan kuku.


Bukan aku tak mahu jadi perempuan yang semenggah. Sopan, manis, berakhlak baik dan berbudi pekerti. Tapi masalahnya aku memang kasar dari kecil. Berkat pengalaman ngeri dan keadaan sekeliling.


Bukan aku tak mahu bertubuh cantik, lemah gemalai meliang liuk. Tapi masalahnya kalau bentuk badan pun straight macam mesin basuh, diet seratus tahun pun orang lain yang kurus, aku tak jugak.


Bukan aku tanak mekap mekap gincu sana eyeliner sini. Biar manis sikit orang kata. Tapi masalahnya berbuku bedak aku tepek dekat muka, cantik tak jugak. Buat semak keadaan je.


Bukan aku tanak berhias pakai baju cantik cantik macam perempuan sekarang pakai. Tapi masalahnya tubuh badan memerlukan udara yang bersih. Tapi masalahnya kalau aku pakai baju longgar longgar kau cakap aku macam sebaya dengan Mak Long kau.


Semua aku dah buat nak bagi jadi perempuan. Sampai macam perempuan gila pun ada kalau sekali pandang.



TAPI MELAMPAU AH KALAU RAMBUT AKU PANJANG SAMPAI TALI BRA DAH BOLEH BUAT SANGGUL MAK JAH PUN KAU BOLEH PANGGIL AKU ABANG.


Nak pergi Siam ah buat surgery tambah apa yang patut. Dah nak suruh aku jadi lelaki sangat kan?

2 comments:

FARYN said...

sapela bangang sangat panggil ko mcm tu weih?

Syfa Nisa M said...

Faryn. Ahaha. Memang banyak doh orang panggil aku ABANG. Haha. Mensirap.