Akmal + Amer + Fahmi!


A : "Kan syarat akikah, kena tunggu anak tu tumbuh dua batang gigi, kemudian sembelih kambing bla bla."

B : "Yang kena tumbuh gigi tu, baby tu ke, kambing tu ke?"


Soalan paling bingai abad ini.


Sabtu lepas, Amer ajak keluar, siap paksa. Aku malas sebenarnya, ini kerana tidak tidur seharian. Tetapi, Amer cakap, "Pa, jom la lepak, aku ada surprise untuk kau."

Dengarkan surprise tu, aku menjadi cergas secara tiba-tiba. Okay lah, ajak Sheima keluar, jumpa diorang dekat Petronas dekat dengan Hospital Selayang entah apa buat dekat situ aku langsung tak terfikir.

Sampai sampai, aku pergi dekat kereta Akmal, masuk-masuk je, surprise yang diperkatakan adalah, FAHMI!

Whoaaa, dekat setahun tak jumpa dia, aku lompat lompat jerit suka macam beruk, sebab sudah lama tidak jumpa. Rupa-rupanya Fahmi jaga auntie dia sakit dekat hospital itu.

Fahmi sekarang sudah handsome dahsyat. Dan kami melepak macam orang gila di mapley yang suram, tetapi keadaan itu cukup bahagia. Cakap cakap cakap, gelak gelak gelak, seronok!

Dan dialog di atas itu lah, salah satu contoh betapa benaknya otak Akmal yang menjadi bekal untuk aku ketawa sepanjang sesi lepak itu.


Sumpah satu malam tidak cukup!
Dan adik adik kecil ini buat aku lupa betapa susahnya hidup disantak masalah perasaan.

1 comment:

blankpagewithalphabets said...

yeaaa..mereka mmg comel..combo sekali dgn sengal. hehehe..