Dalam sehari mungkin gua boleh update dalam 100 entri agaknya kalau berterusan macamgini.
Ada dua cerita yang berkaitan. tapi tidak berlaku dalam masa yang sama. Dua-dua cerita mampu buat gua rasa macam mahu kepak diri sendiri.
Cerita pertama,
Masa result keluar, semua orang berdebar-debar. Gua sudah check, okay lah, tidak lah dean's list(satu kali belajar satu kali dean's list je, kalau banyak-banyak nanti riak) tetapi masih luar jangkauan. Kalau lah dari awal awal dulu result macamgini kan bagus.
Sekali gua punya TILAWAH ALQURAN failed wesss.
Tapi memang dah jangka pun. Oh, salah semua orang, salah gua sebab tak pandai mengaji, salah Ustaz sebab tidak ada consideration. Jadi sekarang, gua kena habiskan masa pergi kelas untuk dua minggu sebelum resit examination. Subjek TILAWAH ini takde Credit Hour, jadi tidak affect gua punya RESULT, tapi gua masih tidak boleh grad selagi tak lulus.
Cerita kedua,
Dari habis exam itu hari ada lah dua tiga yang memanggil interview kerja. Gua tak ambil kisah sangat lah, sebab gua tau gua punya TILAWAH mesti sangkut punya. Jadi gua kiranya hold dulu.
Sampai lah satu hari, iaitu tadi,
Ada seorang lelaki ini, daripada HSBC, kawan kepada Jijan Panda, jadi gua rasa dia tau lah cemana nature tempat gua belajar ni. Dia call gua sebab nak bincang pasal kerja dekat HSBC tu lah.
Mari ikuti perbualan kami, lebih kurang begini;
F: Syafa, cemana you rasa, boleh tak I push nama you ni?
Gua: Boleh, tapi macamgini, I didn't manage to pass one of my papers last semester, so...
F: ehmm..
Gua: (mendengar ehm dia, gua dah rasa lain) Sebenarnya I failed paper..
F: paper apa, Arab? (gelak gelak)
Gua: eh, sorry sikit, Arab I lepas okayy, sebenarnya I failed Tilawah..
F: AHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.
Selamba kan dia gelakkan gua? Padahal dia call nak tanya gua minat ke tak nak kerja dekat tempat dia, sekali dia gelakkan gua? Selamba kan?
Haih, gua migrain setahun straight ah macamgini.
No comments:
Post a Comment