TEGING

Dah disuruh orang supaya buka satu link, blog kepada senior sendiri, dan terkenal di bibir masyarakat kerana istimewa luasnya minda dia mendalami ilmu hidup. Entri berkenaan rezeki. Menitis lagi air mata aku selepas menangis memeluk bantal kerana kecewa tidak jadi keluar dengan Ain serta Nana untuk mengabadikan masa-masa terakhir yang kami ada sebelum Ain pulang ke Kuantan, sebagai permulaan persahabatan jarak jauh kami.

Tersentak dengan entri senior. Betul-betul tersentak.

Sebab aku baru tersedar, Tuhan tidak pernah kurangkan sedikit pun rezeki aku walau mana jauh pun dahi aku dengan tikar sejadah. Jadi langsung tidak ada hak untuk aku marah, apa lagi merungut atas setiap sakit pedih yang singgah.

Kalau nak berbincang pasal Tuhan, sampai tahun depan pun orang gelakkan aku sebab dah masuk seratus kali tersedar, seratus kali teringat, dan seratus kali berjanji. Nama untuk insaf, tidak. Yang ada, rungutan.

Seperti contoh, malam semalam, berdua dengan Sheima, duduk di mapley berborak tentang luck aku dengan lelaki, yang mana dari masa aku lepas period, naluri terhadap lelaki mendadak berubahnya, memang tidak pernah untung.

Suka dengan lelaki ini, tiba-tiba bestfriend yang dapat.
Suka dengan lelaki itu, tiba-tiba terpaksa saksikan cinta agungnya buat perempuan lain.
Suka dengan lelaki ini, tiba-tiba aku jadi medium untuk jelaskan cintanya pada perempuan lain.
Suka dengan lelaki itu, tiba-tiba kena tangkap basah dan terpaksa kahwin dengan perempuan lain.

dan sebagainya.
bunyinya seperti merungut, kan?

lalu kata Sheima,
"Pa, itu maknanya Tuhan tunjuk awal-awal jodoh kau bukan dengan diorang, daripada kau mungkin salah langkah dan keadaan akan makin rumit."



Tersentak, tersentak, tersentak.
Aku malu sendiri.
Punya lah aku dibayang-bayang rasa sedih sampai langsung lupa fikir apa yang baik dari satu yang buruk. Dan yang paling menyedihkan, tidak pernah terlintas langsung dalam fikiran betapa sayangnya Tuhan pada aku, maka dipelihara aku dari susah payah hari depan.


Itu pun nak merungut lagi ujian sana dugaan sini.


Buat Yang Di Atas Sana, jangan berhenti pelihara aku, jangan muak sayang aku, jangan bosan betulkan arah aku, kerana syukur tidak terhingga aku masih mampu sebut nama Kamu, syukur tidak terhingga aku masih mampu ingat Kamu.

No comments: