Kan aku cakap, nasib kita, kita yang tulis sendiri, kita yang bentuk sendiri, orang lain tidak ada kena mengena.
Aku mungkin kamu boleh jangka akan jadi pelacur suatu hari nanti, tapi kamu boleh jangka kah kalau dibuat kata nasib kamu dapat suami mati pucuk, lalu kamu pun pergi cari makan dekat luar sebab tidak puas hidup dengan suami tidak berguna?
Ah, masa itu boleh lah kita ukur siapa yang lagi hina.
Lagi satu, jangan cerita pasal agama kalau hidup kamu sendiri tunggang langgang. Jahil mana pun aku, jahat mana pun aku, ada Tuhan beritahu kamu bahagian aku nanti bagaimana? Kalau ada, mungkin aku ubah fikiran untuk minta berkongsi kubur dengan kamu sebab mana tahu boleh kongsi pahala kamu pula.
Kalau kamu kata tiada lelaki bujang mahu aku sebab aku sudah lunyai dikerjakan ayah-ayah orang, cuba bila balik nanti, tanya ayah kamu, mana tahu dia pun sudah pernah langgan aku. Jadi aku mahu minta maaf siap-siap sebab lukakan hati kamu.
No comments:
Post a Comment