Hidup aku di final semester ini memang lah huru-hara. Huru-hara gila. Gila babi punya huru-hara. Kalau korang jalan-jalan, nampak seorang perempuan pakai kain batik, tak pakai selipar, dekat tangan ada gelang getah sampai siku, lipstik merah terkeluar dari garisan bibir, maka, aku lah itu.
Sudah seminggu aku buta. Buta ini bermaksud hidup dalam keterabaan. Apa menda keterabaan. Haih. Cermin mata aku patah. Patah stail jahat punya memang tak boleh tolong dah. Lalu, segala salah aku dah buat. Salah tegur orang, lepas tu pura-pura tanya jam pukul berapa. Salah ketuk pintu bilik masa balik dari toilet pagi-pagi, dah tersedar terus lari-lari cari pintu sebenar. Malu kan kehidupan ini?
Pemakanan juga tidak semenggah. Kadang-kadang makan, kadang-kadang tidak. Bukan sebab diet, pundek! Tidak bermasa. Tidak sempat fikir nak makan ke tidak, nak makan apa hari ini, sayurkah dagingkah (mati lah pernah pula aku makan sayur). Sudahnya tidur dengan perut menendang-nendang. Tetapi suatu yang aku hairan, badan cenggini juga. Harapan palsu sangat, papa jahat!
Hujung-hujung semester di mana orang bertungkus lumus fokus pada pelajaran terakhir, aku demam seminggu. Demam-demam manja, badan memberontak sebab tiada rehat dari awal semester. Ah, fikir nak memberontak je kau eh, sekali kalau aku dah hempas dekat lantai, berakal ke tidak cuba tengok sikit nanti.
Drama hidup? Dah tak lalu dah, silap-silap aku boleh muntah agaknya sebab banyak sangat. Daripada benda-benda yang kritikal sampai lah kepada benda yang tidak ada kena mengena pun dengan hidup aku. Tetapi, tidak “Kak Jah reporter malam” lah kalau tidak ambil tahu kan. Boleh hilang seri hidup.
Dan yang paling penting. Sehingga saat ini, aku belajar, belajar, belajar, dan teori masih lagi boleh digunapakai, iaitu, “Diam itu pintar.” Tak guna maki-maki dekat facebook, sebab orang tak banyak view page kita pun, jadi buang masa. Tak guna terajang kaki pentas untuk nampakkan kemarahan, kita bukan Farid Kamil dalam filem dia, itu bukan caranya. Tak guna menangis-nangis minta simpati, season Nur Kasih atau Nek Nak pun dah lama habis, simpan untuk nanti-nanti.
At least kalau diam, takde lah kita malukan diri sendiri. Oh, as well as in reference to how much I hate confrontation.
Aha, menantikan hari-hari depan membawa kegembiraan!
No comments:
Post a Comment