
dua: result I dah keluar semalam, sepanjang hari I menggeletar kaki menunggu result, nasib baik I bukak-bukak je terus dapat, kalau tak, I memang terajang monitor PC I ni. Result kali ni, Alhamdulillah syukur dekat Tuhan, I sendiri pun tak sangka tersenarai dalam senarai dekan, selalunya I punya result standard bodo-bodo ayam je.
tiga: I dapat rasa kakak Sushi King dekat Aeon Setiawangsa dah rindu dekat I. Balik ni I nak makan sushi sampai perut pecah keluar ulat.
empat: I bakal dapat dua tops baru, hasil tiada kerja semasa percutian ini. nanti jika dah siap, I upload. Mesti lah, I kan suka bongkak.
lima: rumah I sebelah semak, tapi semak tu tak boleh bakar sebab semak tu kepunyaan tuan tanah, kalau bakar, boleh kena saman. tapi, kalau ular datang lepak rumah I, boleh ke I saman tuan tanah sebelah?
enam: I ada dengar gosip baru, kepala hotak dia Lindsay Lohan cuba merebut kekasih I Gerard Butler.
tujuh: rambut I terbakar. salah I ke, salah dapur gas?
No comments:
Post a Comment