Sebelum itu, aku mahu bagi carutan paling panjang kepada diri sendiri.
Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Okay, ambil nafas panjang.
Begini;
Sedang bergelak ketawa menuju ke kereta untuk pulang ke kolej. Melangkah ke pintu kereta, Tupppp!
Pedih.
Menular ke setiap saraf dengan pantas.
Aku pandang bawah.
Separuh bahagian paku melekat di kasut, dan terkena kaki.
Aku panik melihat paku sebesar pasaraya Giant itu.
Kepala berpinar-pinar.
Mulut tak berhenti bertasbih, “Allah, Allah, Allah.”
Aku rebah ke tanah, disambut kawan-kawan.
Dalam perjalanan ke klinik,
Aku menangis-nangis, siap tanya Ain,
“kaki Syapa berdarah ke Ain?”
Aku cuba gerakkan kaki,
Boleh bergerak pulak.
Sampai klinik, aku check balik kaki,
Buka kasut,
Rupa-rupanya tak masuk dalam kaki pun.
Hasilnya: sepeket painkiller, satu suntikan tetanus, hilai tawa kawan-kawan dan malu besar.
Gila drama queen aku siap pengsan-pengsan.
3 comments:
Hahahahahhahha
U know U love Me...
ZozO
hahaha
giler chumel situasi ni!
ala..ko mmg drama queen..
sme org da tau!-____-"
hihihi
p/s:klo ble record kejadian tu mesti best kn?
hahaha
syafa...haaaaaaaalaaaaaaaaaaaaahai......=)
Post a Comment