1. pagi hari pertama bermula dengan lancar, walaupun aku berkejaran mengadd subjek. nasib baik dapat, kalau tak dapat aku dah plan nak merusuh depan department.
2. lepas manual add/drop, berkejar pula aku pergi membeli barang untuk meneruskan hidup sepanjang semester, ceh padan sebenarnya tak nak pegi kelas. dua plastik rm90 oi pundek betul tokey Giant ni nak naik haji cepat ke.
3. malam first reunion, kali ni semua ada, seronok gelak-gelak sambil hati runsing malas nak pergi kelas keesokkan harinya.
4. duit loan dah habis separuh dekat adik tersayang, kalau kau taknak bagi pinjam slr kau aku cekik kau sampai lemas.
5. aku nak jual baju terpakai, yang bersaiz 16 seperti saya, sila bagi duit, saya anak nelayan.
6. eh kurang ajar la Nora Heidi keluar dengan Suluh Sultan Akbar aku, meh sini kau aku nak tumbuk barang sedas dua, selamba je hati aku ranap.
7. aku ada empat hari lagi untuk ganti puasa, siapa tolong boleh gantikan? pahala aku bagi 30%.
8. siapa boleh tolong bleachkan jeans saya, nak buat sendiri tak reti, nak beli tak mampu, aku hanya mampu dan reti makan sahaja.
siapa kata ikut hati mati? sebab ikut kata hati la aku mampu hidup gembira hingga hari ini.
2 comments:
Syapa, meh aku tolong cucuk nko,
mesti nko boleh bleach sluar secara automatik...
impress kan??
haha, bleach seluar sambil berangan bila nak bleach abang hairi!
Post a Comment