aku boleh mati sebab tak cukup tidur.

sebelum pulang ke batu pahat, aku bersama kawan-kawan joli dulu malam tadi, mula-mula menonton abang Optimus Prime (multiple orgasms), lalu, melepak hingga ke pagi.

lalu, selepas tidur dua jam, jam 9 pagi kami pergi Ulu Yam, selamba mandi pagi-pagi, sejuk hingga ke gegendang telinga.

lalu, pulang ke tanah-konon-suci, terus bersiap dan bertolak ke Pudu, dalam bas aku tidur sebaik saja keluar dari Pudu.

sampai rumah, melihat keadaan Puan Shikin yang semakin sembuh, boleh bergelak tawa walaupun bila malam sikit muka dia dah lain sikit sebab tahan sakit, aku tahan lagi mata.

dan aku tunggu Suluh muncul di Facebook sejak jam 8 malam tadi, sekarang 12:09 pagi, aku sabar lagi.

aku tak pernah terkejar-kejar lelaki seperti ini sioh. apa kena entahnya.




emergency update: 12:42 a.m to 01:27 a.m yaw! noiice!

No comments: